Friday, 11 October 2013

#azlan4exco - Khas Buat Para Perwakilan Umno

Menghadapi situasi cabaran politik yang semakin mencabar, seharusnya para perwakilan dalam perhimpunan agung Umno kali ini berfikiran terbuka dan lebih mementingkan hala tuju perjuangan parti berbanding individu.

Kita sering mendengar dimana tanggapan kurangnya golongan profesional menyertai Umno diperkatakan oleh pelbagai pihak, tidak dinafikan tanggapan negatif itu sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada Umno, menjadi tanggunggjawab seluruh ahli Umno dalam membersihkan persepsi berkenaan supaya ianya tidak terus menular menjadi barah didalam pemikiran generasi baru yang boleh menyebabkan mereka malu untuk menyokong parti yang dibarisi oleh kepimpinan yang dianggap tidak profesional.

Sedangkan Umno itu sendiri sentiasa relevan dan masih kekal didominasi oleh golongan profesional, muka-muka baru dikalangan profesional yang tampil setiap kali pemilihan agung parti menjadi salah satu bukti Umno kekal diminati oleh golongan tersebut, kombinasi muka baru dan lama terus menjadikan Umno kekal relevan dulu, kini dan selamanya.

Bagaimanapun demi memantapkan lagi Umno dalam menghadapi parti-parti pembangkang yang sebahagian besar dari pemimpin mereka dikalangan pengamal undang-undang yang sering berselindung disebalik hak asasi dan majlis peguam, difikirkan ada baiknya juga jika para perwakilan tidak melupakan kepentingan itu dan turut memberi peluang kepada calon-calon yang berlatarbelakangkan perundangan seperti peguam untuk membarisi kepimpinan tertentu khasnya dalam sayap Pemuda dan Puteri.

Ianya penting dalam kita menjamin dasar parti yang dibawa untuk membela bangsa Melayu supaya tidak mudah diganggu-gugat sebagaimana yang sedang diusahakan oleh kaum tertentu dengan mencabar hak keistimewaan orang Melayu, mungkin jika dahulu selalunya kita mempertahankan hak kepentingan bangsa kita dengan berparang, demontrasi dsbnya, hari ini ianya sudah berubah, setiap perkara kesemuanya diputuskan menerusi mahkamah, (cth: Isu penggunaan kalimah Allah) dengan itu relevannya Umno dalam memartabatkan perjuangan agama, bangsa dan tanahair sudah pastilah kepimpinannya perlu ada golongan yang menguasai ilmu perundangan.

Tidak khusus kepada mana-mana calon, malah calon-calon yang berlatarbelakangkan perundangan perlu diberikan tempat yang sewajarnya sebagaimana yang dikehendaki oleh pasaran politik hari ini. Selamat Memilih. Anda Mampu Mengubahnya.

Tuesday, 8 October 2013

#azlan4exco - Antara Calon Berwibawa Dikalangan Profesional Barisi Kepepimpinan Pemuda


Tertarik dengan kenyataan Azlan Abdullah, yaitu salah seorang calon bagi jawatan Exco Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia, biarpun beliau belum menyandang jawatan tersebut, namun kenyataan yang dikeluarkan  selaku calon pun sudah memberi imej yang baik kepada parti dan secara tidak langsung ia mampu menafikan persepsi bahawa parti Umno semakin dijauhi oleh golongan profesional.

Ini kerana beliau yang merupakan seorang peguam terkenal dan turut mempunyai firma guaman sendiri adalah salah seorang dikalangan profesional yang tetap diterima menyertai Umno malah direstui bertanding sehingga diperingkat pusat, kewibawaan calon muda dari Kelantan ini dijangka akan diberikan peluang oleh para perwakilan yang budiman agar kelebihan yang ada pada seorang profesional ini dapat dimanfaatkan bersama pemimpin lain yang masing-masing turut ada kelebihan tersendiri.

Dengan peluang yang agak wajar diberikan kepada calon seperti beliau demi perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair, maka selepas ini sama-sama kita dapat melihat UmnoBN akan lebih mantap bilamana berhadapan dengan pimpinan pembangkang tidak kira walau dalam apa jua gelanggang, 

Sebenarnya tidak timbul soal golongan profesional disisihkan didalam Umno, namun pembawaan seseorang pemimpin itu harus bijak menarik perhatian ahli supaya tidak dilihat sombong dan angkuh, jika dengan ahli sendiri pun pembawaan seseorang pemimpin itu gagal, samalah juga apabila berhadapan dengan rakyat. 

Berbeza dengan calon No 31 ini, pembawaannya yang bersederhana disamping sikap yang mudah mesra antara faktor keyakinan penulis beliau bakal dipilih oleh para perwakilan pada pemilihan yang akan diadakan beberapa hari saja lagi. - Bersambung