Kota Bharu-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa digugurkan daripada senarai nama Exco kerajaan Pas Kelantan yang baharu setelah tidak mendapat ‘restu’ Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.Selain Husam Ketua Pemuda PAS Kelantan juga turut ditolak oleh Baginda.Jelas beliau, selain Husam nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut, namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob ketika berhadapan dengan beberapa penyokong setia Husam yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, di rumahnya petang semalam.
Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya.Namun tidak mendapat perkenan dan telah ditolak oleh baginda dan menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan.
“Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.
“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya.
Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan DUN Pas Salor, Mohd. Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai penyingkiran nama Husam itu.
Terdahulu pada petang semalam, Mohd. Nuri dalam satu sidang akhbar menyatakan penyingkiran itu dibantah oleh masyarakat di Salor kerana berpendapat Husam layak untuk terus menjadi Exco kerajaan berdasarkan kepada pengalaman dan kedudukannya sebagai Naib Presiden Pas. - sumber sahih
Pssssst kesian tuan penasihat 25% @ pakar batu asas negeri Kelantan ni.Virus berbisa akibat suntikan kekalahan pada Pru13 di Parlimen Putrajaya nampaknya dah menjadi badi yang bakal mengkafan dan menguburkan terus karier politik beliau tak lama lagi....
Pheeeewiiiit......... Cayalah Tengku Adnan......