Thursday, 7 November 2013

Shahidan - Laporan MTEM Petronas Diskriminasi Kaum Melayu Perlu Disiasat

KUALA LUMPUR - Laporan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang dakwa wujud diskriminasi terhadap Melayu, oleh Petronas perlu disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sifatkan dakwaan itu amat serius kerana libatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kita tidak boleh tutup kritikan ini. Kita kena siasat. Kalau benar, tidak boleh buat begitu.

"Kita mesti ingat, untuk kembangkan perniagaan bukan hanya orang tertentu, tapi ia mesti memenuhi pemikiran untuk memperkasakan Bumiputera atau bukan Bumiputera,” katanya.

Katanya, peraturan melibatkan kontrak GLC dan badan-badan yang berkaitan perlu diteliti supaya Melayu tidak dipinggirkan.

“Saya berpendapat sudah masanya kerajaan melihat semula semua kontrak melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ada supaya tidak berlaku pertembungan dari segi arahan.

“Kalau tidak dikaji semula, mungkin perkara ini akan terus berlaku, menyebabkan ada pihak yang tidak mendapat apa yang sepatutnya diterima mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, perkara itu perlu dikaji supaya dapat mengelakkan perkara itu berlaku.

“Saya berpendapat seelok-eloknya kita mengkaji sedalam-dalamnya sektor manakah Petronas tidak membantu Melayu kerana saya yakin sesetengah sektor yang mana kemampuan belum lagi dapat dicapai dalam sesetengah sektor tersebut.

“Tapi kalau ada sektor yang melibatkan Melayu, saya rasa perlu ada post-mortem (bedah siasat) supaya pihak kerajaan mengambil serius yang dinyatakan MTEM supaya setiap apa yang dinyatakan Perdana Menteri untuk pemerkasaan Bumiputera itu dapat diterjemahkan ke peringkat bawahan,” katanya.

“Laporan itu harus dilihat kembali dengan fakta dan pengalaman, kerana saya yakin kita kena wujudkan situasi menang-menang.

“Tapi dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dengan kewujudan unit ekonomi Bumiputera ini seharusnya dijadikan kayu ukur tahap ketelusan, sama ada Petronas atau GLC lain untuk membantu Bumiputera,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar mendakwa syarikat Bumiputera dan Melayu diiktiraf negara dan syarikat luar turut menjadi mangsa apabila diketepikan daripada menerima kontrak Petronas.

No comments:

Post a Comment