KUALA LUMPUR - Walaupun Belanjawan 2013 mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat, namun pembangkang seperti biasa tetap mengkritik setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hanya satu percubaan untuk memenangi hati rakyat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan Belanjawan kali ini hanya untuk memberikan pandangan kepada rakyat bahawa perbendaharaan atau kewangan negara berada dalam keadaan baik.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Belanjawan 2013 dilihat lebih banyak menawarkan ‘wang tunai’ kepada rakyat tanpa menyelesaikan asas ekonomi yang lebih penting seperti pendidikan.
Dalam belanjawan kali ini, sebanyak RM38.7 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk menjalankan program mengurus dan pembangunan sektor itu tahun depan.
Jumlah tersebut meliputi kira-kira 21 peratus daripada keseluruhan peruntukan Belanjawan 2013 yang dibentangkan.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula mencadangkan kerajaan sepatutnya menjadikan pemberian BR1M kepada rakyat setiap tahun bagi membantu meringankan beban rakyat. – Bernama
No comments:
Post a Comment