KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan akan menghantar wakil untuk menyertai jawatankuasa khas mengkaji isu bayaran tunai seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam suratnya, kelmarin.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagi tujuan tersebut, beliau akan membawa isu tersebut kepada mesyuarat Exco Rabu ini untuk membincangkan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihaknya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ijtimak Pondok Nusantara di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke V di sini, pagi ini. -Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment