Tuesday, 2 April 2013

SAMAN 1 JUTA RINGGIT HADIAH BUAT TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN




Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) ,Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad menyerahkan Letter Of Demand (LOD) kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu Dato Ahmad Yakob.

Ini kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan itu telah mengeluarkan kenyataan di dalam Sinar Harian yang menyatakan gambar yang disiarkan adalah hasil dari pencantuman 2 gambar yang berlainan tempat untuk mengelirukan rakyat.

Dato Ahmad Yakob juga diminta untuk memohon maaf di atas keceluparan dan beliau ditunutut supaya membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas fitnah yang disebarkan yang menyebabkan reputasi dan kreadibiliti Wan Khairul Ihsan terjejas.

Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad :

Dalam laporan tersebut, Ahmad menuduh saya telah mencantumkan dua gambar dari tempat berasingan untuk mengelirukan rakyat, sedangkan saya sudah jelaskan lebih awal bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan teknologi terkini dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) yang memberikan koordinat serta lokasi tepat setiap gambar kita rakamkan.


Gambar ini juga telah diserahkan kepada pihak pakar untuk dianalisa berdasarkan kelengkapan yang kita gunakan. Untuk apa saya berbohong, ini adalah isu rakyat dan kita dedahkan kerana mahu kerajaan negeri mengambil tindakan secepat mungkin menyelesaikannya. Tanah adalah hak rakyat dan bukannya hak pemimpin Pas.

Saya telah meminta pihak peguam supaya menghantar notis permohonan maaf kepada Ahmad, jika beliau enggan memohon maaf kita akan mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataannya telah menyebabkan pandangan buruk rakyat negeri ini terutama rakan-rakan serta ahli keluarga terhadap saya, ia amat memberi kesan




No comments:

Post a Comment