Saturday, 20 April 2013

#PRU : Huru - Hara Dalam Pakatan Dan Masalah Kronisme Mereka Makin Kronik #BetterNation #BNBaru #TukarKelanta


Pakatan Rakyat dan sikap kronisme mereka semakin jelas memang tidak dapat dipisahkan.PRU13 dah makin hampir tapi Pakatan Rakyat  masih lagi sedang berperang sesama sendiri berikutan pemilihan calon-calon yang tidak memuaskan hati pengikut mereka.

Ramai di kalangan pemerhati berpendapat isu ini timbul kerana parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan sikap nepotisme dan kronisme yang terlalu kronik kerana memilih kawasan yang selamat untuk ahli keluarga mereka bertanding dan menolak penyandang kawasan tersebut ke tempat yang dianngap hitam bagi Pakatan Rakyat.Apa nak di hairankan kerana semua ketua umum Pembangkang memang mengamalkan sikap begitu pun.

Di sebabkan sikap dan amalan  kronisme mereka ini dapat di lihat dengan jelas, pemilihan di 20 kawasan Parlimen dan DUN memilih calon yang membawa masalah kepada Pakatan Rakyat di negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Selangor dan Pualau Pinang.





MSO :

Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut dan berkucar 'wak yah' sedikit. Banyak senget dan congik cadungnya. Rasa tidak puas hati timbul di mana-mana sahaja. Setengah ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling menggerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.

Perkara ini sebenarnya biasa. Kekalutan pemilihan calon ini sudah menjadi lumrah. Setiap kali pilihan raya, situasi ini akan berlaku. Saya berpengalaman mengenai perkara ini sejak tahun 1978 lagi. Ia bukan saja setakat bertegang leher, tetapi ada yang sampai bertumbuk, memaki hamun dan sebagainya kerana tidak berpuas hati dengan calon.

Itu tidak menjadi masalah dan memberi kesan besar kepada parti. Seorang pejuang dan 'pemerhati' yang tulen akan mengangkat bendera juga akhirnya setelah gelora kemarahan sejuk. Namun sebelum panasnya sampai 100 celcius, zarah-zarah dan kumin-kumin air akan panas meloncat-loncat (mendidih) ke atas.

Kenapakah proses pemilihan calon kali ini menjadi kecoh dan berkucar wak yah? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana berlaku unsur-unsur kronisme dan nepotisme di dalam membuat pemilihan dan penyaringan calon. Ia ditambah dengan sikap munafik mereka yang menjadi anggota pemilih calon; cakap depan lain dan cakap belakang lain. Sikap tidak berterus terang kononnya untuk ambil hati tidak betul dalam hal ini dan inilah menyebabkan timbul kekalutan.

Contohnya ada seorang ahli pemilih calon (Timbalan Pesuruhjaya) menjanji akan membuat penilaian adil, berjanji untuk merujuk atau memaklumkan kepada Tokguru, tetapi ia mungkir. Bukan saja maklumat sebenar disembunyikan kepada tokguru, tetapi Tokguru tidak diberitahu langsung. Tokguru hanya dijadikan rubber stamp, cop sahaja tanpa memaklumkan kepadanya. Apakah kerja seperti ini betul mengikut keadan Islam?

Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.

No comments:

Post a Comment