Saturday, 20 April 2013

#PRU13#GE13 : [FOTO] Warna Warni Sekitar Penamaan Calon BN Di Kelantan#Tukarkelantan #vote4BN #tolakPR

Pertandingan untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula hari ini dengan penamaan calon-calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara.



Selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat - yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP - akan mengisi calon di kebanyakan kawasan, namun jumlah luar biasa calon Bebas dijangka menyertai pertandingan dalam pilihan raya umum kali ini.

Pertandingan kerusi parlimen akan diadakan di semua 13 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala pilihan raya bagi kerusi DUN akan diadakan di semua negeri kecuali Sarawak, yang telah menyaksikan pilihan raya negeri pada tahun 2011.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dan Pakatan Rakyat, 82 kerusi. Tarikh mengundi telah ditetapkan pada 5 Mei.

Berikut beberapa foto perarakan penyokong BN sebelum proses penamaan calon di Kelantan .






Perarakan Calon BN di Kota Bharu diiringi oleh 10,000 orang bermula
dari Stadium Sultan Muhammad IV ke Dewan Jubli Perak Mpkb.


Suasana di Parlimen P.022 Pasir Mas. Hampir 3000
penyokong BN berkumpul di perkarangan Pejabat
UMNO Bahagian Pasir Mas sebelum calon berarak
ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas bagi proses
penamaan calon berjalan.




Penyokong BN di Parlimen Pengkalan Chepa. Lebih 7,000
penyokong iringi Datuk Dali & Calon-Calon DUN BN yang lain.





10,000 rakyat Jeli iringi Tok Pa & calon-calon
DUN BN yang lain dalam Parlimen Jeli.



Suasana Kem BN di Gua Musang pagi ini, mengirigi
YBM Ku Li dan calon-calon DUN mewakili BN.



Ketua Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi bersama
lebih 5,000 penyokong BN mengiringi Calon BN
Parlimen Kubang Kerian, Tn Hj Anuar Safian & Calon-Calon
DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian ke Pusat Penamaan Calon.




4000 rakyat Ketereh iringi Tan Sri Annuar Musa & calon-calon
DUN BN yang lain dalam Parlimen Ketereh.

Sumber-perigitimur

No comments:

Post a Comment