Friday, 5 April 2013

#PRU13# MODAL INSAN TERBAIK DARI DIDIKAN PKR #TolakPR



Tindakan jijik remaja perempuan ini difahamkan bertujuan untuk menjatuhkan maruah BN kerana sering dikaitkan dengan pembongkaran video salah laku beberapa pemimpin PR yang lebih kurang juga perangainya dengan pasangan ini.


Khabarnya hari ini Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN.

Khairy Jamaluddin turut menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai amat biadap.

"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS kepada Utusan Malaysia.

Gambar wanita tersebut yang dimuatkan di dalam laman sosial Facebook dengan akaun nama "Alvin and Vivian - Alvivi" itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.

Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks mereka dalam sebuah blog, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012.

Dek kerana ceteknya ilmu dalam dunia politik dan ditambah pula dengan amalan politik kotor pembangkang segelintir belia muda mereka kita lihat makin hari semakin berani untuk bertindak biadap.Bangga betul buat perkara yang jijik macam ni.Kalau rasa diri tu dah tak tau malu sekalipun ingatlah dan jagalah air muka dan maruah keluarga.

No comments:

Post a Comment