Wednesday, 17 April 2013

PRU13#Hipokrasi PAS Dan Pakatan Rakyat Yang Wajib Anda ketahui#Tukarkelantan#Vote4Bn



Hipokrasi PAS Dan Pakatan Rakyat.

• Pembangkang selama ini sering menuduh pemimpin-pemimpin BN sebagai tidak bermoral dan kerap diselubungi skandal. Setiap kali timbul kontroversi tentang pemimpin BN, mereka akan terus mempercayai setiap berita atau fitnah yang dilemparkan.

• Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka pasti terus menafikan segala pertuduhan, dan ditambah pula dengan tuduhan melulu bahawa setiap skandal yang didedahkan adalah konspirasi yang didalangi oleh UMNO & BN.

• Video Mustafa Ali yang tersebar di internet juga turut dinafikan. Mereka sebaliknya menuduh UMNO yang terlibat dalam pembikinan dan pengedaran video tersebut, walhal video tersebut disebarkan di Terengganu dan dua orang ahli PKR ditangkap polis untuk siasatan lanjut.

Ini pula adalah berita terbaru yang wajib di ambil perhatian oleh ahli2 PAS dan rakyat malaysia khususnya.

Tak cukup lagi agaknya rejim PAS ni nak menyusahkan rakayat.Dengan bersahaja dan tanpa ada rasa malu masih berani mengeluarkan arahan mewajibkan semua peserta ladang rakyat menyumbangkan dana bagi melaksanakan PRU13 sebanyak rm 100 bagi setiap peserta.Sudahlah sebelum ini tanah yang mereka usahakan sejak berpuluh tahun lalu di rampas dan mereka kemudian di abaikan begitu sahaja.Penderitaan mereka selama hari ini juga sama sekali tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari PAS Kelantan.Tapi sekarang setelah menyedari yang mereka hanya menjadi kuda tunggangngan dan alat kepada permainan politik DAP dan PKR mereka kembali menagih simpati dari rakyat.Sungguh biadap sekali dan PAS sebenarnya adalah sebuah parti yang tak tahu malu langsung pada rakyat kelantan.


Seperti yang telah di ketahui umum hasil bumi dari beribu ribu ekar tanah dari ladang rakyat,lojing dan beberapa kawasan lagi, jika di kira nilainya dengan wang ringgit bukanlah satu nilai yang sedikit.kemanakah hasil dari sumber balak dan lain-lain lagi yang telah di kutip oleh PAS kelantan.Hasil dari ladang rakyat sahaja rasanya lebih dari cukup untuk melaksanakan PRU13 bagi negeri Kelantan.Apakah penyokong-penyokong tegar PAS masih tidak buka mata dengan penyelewengan-penyelewengan yang telah dilakukan oleh beberapa orang pemimpin mereka.

Membangun bersama islam bukan lah lagi slogan yang boleh di banggakan oleh PAS Kelantan amnya.Pusat-pusat karaoke haram dan tempat-tempat yang boleh membiakkan maksiat wujud di sana sini.Patung-patung budha bersaiz gergasi antara yang menjadi tarikan pengunjung luar di kelantan.Tempat-tempat ini tumbuh tanpa sebarang masalah tapi seperti yang telah pun di dedahkan bilamana beberapa sekolah pondok telah di sita tanpa sebab yang munasabah.

Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi ianya adalah titi tolak kepada kepemimpin PAS.



No comments:

Post a Comment