Friday, 15 March 2013

TERKINI : Haram Jika Tukar Kerajaan PAS Kelantan.

"Pesan kerana Allah dan rasulNya, nasihat untuk Islam, buat umat Islam di Kelantan.... HARAM menukuar kerajaan yang memerintah kalian sekarang..

Tanpa menafikan wujud kekurangan yang berlaku dalam kerajaan sedia ada. Ia adalah kelemahan yang kecil dan mampu diatasi kerana mudarat menjatuhkan kerajaan yang berusaha menegakkan Islam ini menjadi lebih bahaya bila naiknya pemimpin yang cenderung pada maksiat dan kelalaian"


- Dr (Ustaz) Zahazan Mohamed
  
SUMBER - http://mymedialab.blogspot.com/2013/03/fatwa-baru-haram-jatuhkan-kerajaan.html

Tentang pekara ini mereka tak mengaku tentang kelemahan mereka dalam memerintah Kelantan pun orang Kelantan tak kalut dah.Sendiri pun jalan tak betul ada hati la pulak nak jadi SANG ALGOJO.Saya juga seorang  ISLAM yang beriman dengan berpandukan kitab suci AL-QURAN.Ingin saya bertanya siapakah kita sebagai seorang manusia untuk sesuka hati menjatuhkan dan menetapkan  hukum.

PAS satu masa dulu menyatakan Kepimpinan mereka membangun bersama ISLAM.Tapi sehingga ke hari ini saya melihat mereka hanya mempergunakan ISLAM itu sebagai senjata untuk berpolitik.Banyak sudah perkara yang tak sepatutnya di lakukan oleh mereka kini menjadi bukti kepada masyarakat.Bercakap seperti orang yang tidak berfikiran waras.Menggelarkan masyarakat kelantan yang menerima menerima BR1M sama seperti haiwan.Menetapkan hukum atas sesuatu  perkara pula mengikut sesuka hati.Adakah Rasulallah pernah berpesan kepada umat - umatnya untuk berjuang dan menegakkan agama suci yang sangat tinggi tempatnya disisi ALLAH SBWT dengan cara begini.Tepuk dada tanyalah dirimu sendiri?.

Dimanakah letaknya keperibadian diri pemimpin2 tertinggi PAS dan para jemaah2 mereka ketika sekutu kuat mereka menghina dan memperlekehkan ISLAM secara terbuka.Banyak sekali keburukkan mereka lakukan dan  hingga kini juga rakyat Kelantan belum lagi memperoleh satu jawapan untuk setiap isu yang telah timbul di Kelantan.Lebih 23 tahun berjanji tapi hinnga kini apa janji yang sudah di tunaikan.Dimanakah dia perjuangan ISLAM mu yang sebenarnya ?. BO LA WEIIIIII.

Disini aku suka untuk berkongsi apa yang telah di katakan oleh Negarawan Ulung Malaysia pada 11/03/2013
ketika lawatan beliau di pasir Mas, Kelantan baru2 ini.







"Pesan kerana Allah dan rasulNya, nasihat untuk Islam, buat umat Islam di Kelantan.... HARAM menukuar kerajaan yang memerintah kalian sekarang"..( - Dr (Ustaz) Zahazan Mohamed ) 


Haram dari sudut mana tu ustaz.Buleh cito sikit tok ke oghe Kelate.Saing2 demo bethol2 halal belako ko dalei pejuwangei meghentah negeri Kelate.Tok molek ustaz nok ghoyak gitu.Ustaz ngaji guno kitab mano ni.Jangei keghano taksub ke hal dunio demo ghadai maruah diri sebagei oghei ISLAM.Ambo benar2 ghaso tekilei dei kecewo dengei kenyataei ustaz ni.

HIDUP HANYA SATU KALI DAN MATI ITU PASTI.  

SESUNGGUHNYA TIADA DAYA DAN KEKUATAN KE ATAS KU TANPA IZIN DARI ALLAH SBWT.



No comments:

Post a Comment