#PrayForSabah : Sekitar Majlis Solat Hajat & Tahlil Wira Sabah
KOTA BHARU - Bertempat di Dewan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, UMNO Negeri Kelantan telah mengadakan majlis Solat Hajat & Tahlil Wira Sabah bagi mendoakan keselamatan anggota PDRM dan ATM yang sedang bertugas di Sabah serta bacaan tahlil untuk anggota yang terkorban.
Majlis solat hajat dan tahlil yang dihadiri sekitar 500 turut membuat kutipan derma untuk disumbangkan kepada keluarga anggota-anggota yang terkorban dalam insiden tersebut.
Setelah selesai solat hajat dan majlis tahlil, para jemaah turut diberikan penerangan khas mengenai krisis di Lahad Datu yang disampaikan oleh Pegawai Cawangan Khas PDRM dari
IPK Kelantan.
Al-fatihah buat perwira-perwira kita yang terkorban, jasamu dikenang...
Antara foto yang dirakam semasa majlis dijalannkan :
Sumber - tukar;kelate.blogsport.com
Salam tuan. blog tuan telah pun dipautkan di blog Gossip Rakyat (eddyjugaks.blogspot.com). TQ
ReplyDelete