Thursday, 7 March 2013

Husam Musa : Penceroboh Lahad Datu Dari Keturun Nabi Muhammad.


Belum pun reda kemarahan rakyat berkenaan kenyataan Naib Presiden PKR Tian Chua kini Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pula telah mengeluarkan kenyataan penceroboh yang telah melanggar kedaulatan negara di Lahad Datu Sabah adalah dari susur galur keturunan Nabi Muhammad S.a.w. Beliau berkata demikian pada Majlis Solat Hajat Keamaanan di Kok Lanas baru-baru ini.Mengapakah pemimpin ini boleh berkata sedemikian sedangkan apa yang telah berlaku jelas melanggar undang-undang yang diajarkan dalam agama Islam.

Agama Islam yang telah di ajarkan oleh Rasulallah S.a.w seperti yang kita semua ketahui tidak pernah sama sekali menghalalkan kita untuk melakukan kekerasan dan peperangan dengan saudara seagama.Malah agama Islam juga mengharamkan manusia untuk berbunuhan antara satu sama lain.

Kenyataan ini jelas menunujukkan Husam Musa seperti menghalalkan pencerobohan di Lahad Datu yang telah membawa kepada pertumpahan darah antara saudara seagama.Banyak fakta sejarah seperti yang di ketahui umum bahawa penceroboh yang mendakwa dari keturunan kesultanan sulu ketiga itu tiada hak sama sekali untuk menununtut Negeri sabah.Merujuk kepada keterangan ini apakah beliau juga menolak kenyataan perisikan Filipina dan juga media antara bangsa Reuters tentang pengelibatan Anwar.

Kalau pun benar mereka berhak ke atas Negeri Sabah perlukah merekaa datang dengan cara menceroboh Kedaulatan sebuah Negara yang sah.Tidak adakah lagi cara lain yang lebih baik.Perlukah mereka membunuh setelah kerajaan kita memberikan

kelonggaran dan rundingan.Husam juga turut menyatakan bahawa ini adalah kaedah baru bagi Umno untuk meneruskan kuasa untuk memerintah menjelang PRU13.

Sumber yang telah di petik dari HARAKAH ini membuatkan saya berasa kecewa dengan cara beliau berfikir sebagai seorang pemimpin.Lebih mengharukan lagi Husam tidak langsung mengucapkan takziah dan mengajak rakyat untuk bersedekah AL-FATIHAH kepada keluarga perwira negara yang terbunuh di Lahad Datu.Semakin hari semakin teruk cara pemikiran dan politik Pemimpin2 PAS ni.

Akan tetapi rakyat Malaysia pada hari ini terumatamanya rakyat Kelantan lebih mengenali dan tahu siapa pemimpin PAS sebenarnya.Kerana melalui gerakkan Gelombang Merah dan Skuad tukar Kelantan di bawah pimpinan Datuk Seri Mustapa Mohamed Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mendaapat sokongan penuh dari golongan belia dan rakyat Kelantan yang mahukan perubahan.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERSEDEKAH SURAH AL-FATIHAH BUAT PERWIRA 
KITA YANG TELAH SYAHID DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA YANG TERCINTA....


AL-FATIHAH :


No comments:

Post a Comment