Thursday, 2 May 2013

PRU13# Bachok Menjerit "Tolak PAS!!!" Di Himpunan Rakyat 1malaysia#TolakPAS#Tukarkelantan.









Bachok- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PAS kelantan sebagai gagal dalam 23tahun mentadbir Kelantan.Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan hampir 30 ribu orang yang hadir di Smk Beris Pachor,Bachok sempena program Himpunan Rakyat 1malaysia semalam.

Sebagai Menteri Pelajaran beliau juga berkata jika dinilai kad laporan Kelantan adalah dalam kategori F yang maknanya 'fail' atau gagal.Banyak sekali janji-janji PAS yang tidak ditunaikan dan banyak masalah tak diselesaikan.Tan Sri Muhyiddin juga meminta rakyat mengkaji dan meneliti prestasi PAS berdasarkan tiga faktor penting iaitu pembangunan infrastruktur, keupayaan menyediakan peluang ekonomi serta meningkatkan syiar Islam di negeri ini.Persetujuan telah di zahirkan sendiri oleh semua yang hadir bilamana mereka dengan begitu bersemangat sekali menggegarkan majlis itu dengan laungan "TOLAK PAS!!!" bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin.

Turut hadir isteri Tan Sri Muhyiddin Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jeli dan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Lanas.Datuk Seri Awang Adek Hussin selaku calon Parlimen Bachok juga turut hadir bersama semua calon Barisan Nasional bagi daerah Bachok.















No comments:

Post a Comment