Sunday, 21 April 2013

#GE13 : "PKR Dakwa PAS," Inilah Jadinya Bila Penyamun Jumpa Penyangak! #TolakPR #PRU13



Setelah selesai penamaan calon semalam, di Terengganu telah berlaku pertembungan sesama sendiri di antara PKR dan PAS bagi 7 kerusi Parlimen/DUN.Ini membuktikan bahawa selama ini sebenarnya tiada kesepakatan dalaman di antara PAS dan PKR kerana pembahagian kerusi sebagaimana didedahkan semalam bermula sejak 2011 lagi kerana mereka menjangkakan PRU13 akan diadakan pada pertengahan bulan Mei.

Artikel pendedahan semalam : http://teganuhot.blogspot.com/2013/04/ge13-transkrip-emel-pergolakkan-pkr-dan.html





Setelah rundingan pertama kerusi di antara PAS dan PKR di Terengganu gagal sehingga PKR membatalkan dan memboikot semua program PAS seperti pendedahan semalam. Wan Ismail Wan Long iaitu Bendahari PKR Terengganu telah menghantar emel kedua kepada Presiden PKR Wan Azizah pada 24 April 2012.


Antara kandungan emel tersebut PKR menganggap PAS tidak ikhlas dan bersikap tamak




Dari dulu lagi sebenarnya PR tidak pernah sepakat walaupun telah memasuki 6 tahun menjalinkan kerjasama di antara mereka. Pakatan masih tidak berdaftar di bawah satu logo kerana matlamat perjuangan mereka yang tidak sama.Teruskanlah bergaduh sesama sendiri bagi mempamerkan kepada rakyat tentang erti sebuah Pakatan yang sebenarnya.

Huhuhuhuhu.....














No comments:

Post a Comment