Monday 18 February 2013

Isu Tanah: Pas Kelantan Tidak Wajar Berdiam Diri



PASIR MAS – Kerajaan Pas negeri ini terus didesak supaya memberi penjelasan sebenar berhubung isu tanah terutamanya melibatkan projek Ladang Rakyat selepas beberapa siri pendedahan mengenainya dilihat mencemari politik kerajaan itu.

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Ali, berkata, rakyat negeri ini wajar mengetahui kedudukan sebenar kerana pendedahan perkara itu melibatkan isu rakyat.

“Kerajaan Pas perlu menjelaskan bagaimana mereka menguruskan Ladang Rakyat yang kononnya untuk memberikan kesenangan kepada peneroka selain keluasan dan jumlah sebenar peneroka yang terlibat dengan projek itu

“Kita lihat hari ini bukit telah botak malah difahamkan banyak tanah telah diserahkan kepada syarikat luar manakala peneroka pula terus dinafikan hak mereka.

“Kenapa perlu beri kepada syarikat luar. Selepas pembongkaran dibuat mereka hanya mengambil balak dan lepas itu tanah dipecah lot dijadikan dusun dan dijual dengan harga tinggi. Dengan itu syarikat telah mengaut keuntungan berjuta-juta manakala peneroka dihalau seperti haiwan dan tidak diberikan pampasan. Ladang dimusnahkan, inikah yang dikatakan ingin membela rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Himpunan Bantahan Aman Isu Tanah berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tendong di sini hari ini.

Himpunan anjuran MTRK itu diadakan bagi membantah salah guna kuasa dan penyelewengan kerajaan Pas Kelantan dalam isu pengambilan tanah di negeri ini. 

SUMBER : KELATEKITO.NET

No comments:

Post a Comment