Tuesday, 26 February 2013

Ada Patut Ka? : PAS berjanji, BN juga yang tunaikan!



Rakyat Kelantan pastinya tidak lupa akan janji-janji PAS untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau dan juga membina sebuah lebuhraya tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang diberi nama Lebuhraya Rakyat.

Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.

Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.

Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.

Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.





Beberapa hari yang lepas. Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk memulakan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Tender terbuka untuk fasa 1 dari Wakaf Che Yeh ke Kadok/Ketereh akan mula dikeluarkan bulan hadapan.





Nampaknya kerajaan pusat begitu serius untuk membangunkan Kelantan. Gerak kerja awal sudahpun dimulakan walaupun kedua-dua projek baru sahaja dijanjikan oleh YAB PM. Inilah namanya janji ditepati!

Apa pula sudah terjadi kepada perancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membina dua projek tersebut? Adakah cuma tinggal batu asas sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang? Satu lagi persoalan yang perlu dijawab adalah ke mana perginya wang hasil kutipan derma untuk Lebuhraya Rakyat?



Lebuhraya Rakyat cuma tinggal batu asas



Sumber : Tukar-Kelate.Blogsport.Com

No comments:

Post a Comment