SHAH ALAM - Mengadakan Pilihanraya Umum ke -13 dimusim haji boleh diibaratkan sebagai solat yang sengaja dibuat di tempat orang ramai lalu lintas kata Mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas mengenai khabar angin PRU13 yang akan diadakan ketika musim haji.
Namun jika keadaan itu berlaku ia tidak boleh disalahkan kepada orang yang melintas sebaliknya ia harus dipersalahkan kepada orang yang sengaja bersolat ditempat tersebut.
"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.
"Perkara ini turut disebut oleh pelbagai ulama seperti al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Bari, dan orang yang sengaja memilih tempat lalu lintas itulah yang berdosa." katanya.
"Ulama hendaklah memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas," bagaimanapun beliau yakin bahawa parti yang memerintah tahu akan kesan buruk atau sengaja mencari isu jika memanggil PRU13 ketika musim haji.
PRU13 peringkat Parlimen akan diadakan apabila Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen. PRU13 dijangka diadakan selepas sambutan Aidilfitri.
Musim haji tahun ini akan bermula pertengahan September.
Malaysia pernah mengadakan PRU pada musim haji.
"Saya tidak fikir kerajaan akan mengadakan pilihan raya," katanya dipetik dari Sinar Harian Online ketika ditanya sama ada beliau yakin PRU13 akan diadakan ketika musim haji sebagaimana dikhuatiri oleh parti pembangkang khususnya Pas baru-baru ini.
"Oleh kerana mereka bimbang, mereka melontarkan isu berkenaan, tetapi saya rasa tidak begitu ," katanya yang juga Ahli akademik Universiti Sains Malaysia dan sentiasa mengikuti dengan dekat, menganalisis dan mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan politik.
http://www.2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/BERSIH3.0-SOLAT.jpg
ReplyDelete