Friday, 22 November 2013

Masihkah PM @NajibRazak Ingat!

Keperluan media baru dalam situasi politik hari ini sememangnya diakui sangat penting baik kepada parti pemerintah atau pembangkang, namun sangat malang bagi sebahagian besar pejuang maya proBN apabila dilaporkan tersisih selepas PRU13 yang lalu. Ikuti kisah seterusnya oleh salah seorang blogger dibawah.

Selesai sahaja PRU13 Mei lalu aku ada menulis beberapa siri artikel tentang NASIB PEJUANG SIBER UMNO/BN selepas tamat "Peperangan PRU13".Kemana halatuju mereka dan bagaimana "kebajikan" mereka bakal diuruskan oleh Umno?

Aku bertanya kepada pemimpin pemimpin Umno terutamanya kepada Tuan Presiden @NajibRazak akan masa depan tentera tentera siber ini selepas tamat perang PRU13.

Apakah khidmat mereka/kami masih diperlukan lagi atau kami kena "keluar kem" dahulu sementara menunggu kembali panggilan "melapor diri" sekitar tahun 2017 atau 2018 bila peperangan PRU14 hampir bermula?

Jika khidmat kami/mereka tidak diperlukan sehingga tiba waktu itu,apa bakal terjadi kepada kehidupan kami dalam tempuh 3 tahun ini kerana dapur kami perlu berasap dan perut anak bini kami perlu diisi?

Jika kami/mereka hanya dianggap sebagai tidak lebih TENTERA UPAHAN yang hanya dipanggil bila perlu,apakah tidak menjadi KESALAHAN jika kami berkhidmat dengan pihak lain saperti Pas,PKR atau DAP sekalipun sebagai Askar Upahan?

Perlu diingat perut anak bini dan keluarga kami perlu diisi dengan makanan yang perlu dibeli dengan WANG dan tidak cukup jika hanya diberi makan angin kerana yang bakal keluar nanti hanyalah KENTUT bukan TAIK

Pun begitu...

Majoriti kami/mereka masih cuba bertahan dan masih bertahan dengan kesetiaan kami kepada Kerajaan Umno/BN walaupun diselubungi masa hadapan yang tidak menentu.

Justru...

KAMI/MEREKA hanya mengharapkan (baca doa) kepada KEMATIAN YANG BERTERUSAN yang akan berlaku terhadap Adun dan Ahli Parlimen (tak kira parti mana pun) yang ada hari ini dari semasa kesemasa agar akan ada PRK demi PRK saperti yang sudah berlaku di PRK Kuala Besut dan PRK Sg.Limau...,agar kami/mereka akan ada kerja dan bila ada kerja ada gaji dan bila ada gaji ada wang dan bila ada wang baru boleh bagi makan anak bini....

Salah ke kalau kami/mereka mendoakan demikian ???

Bahagian mana yang korang (Adun & MP terutama dari Umno) masih kurang jelas ???

Jadi siapa diantara korang (Adun & MP) yang nak mati dalam waktu terdekat ini supaya ramai lagi yang boleh hidup..???

Kami/mereka ucapkan terima kasih in advance sebab kalau korang dah mati nanti tak sempat nak ucap...

Kah Kah Kah.

P/S : Meminjam kata Dato Razali Ibrahim di Parlimen beberapa hari lalu..."Mana ada orang buat keje pro-bono (kerja free)..?.Nak kencing pun kalau tak ada 30 sen tak boleh kencing ditandas awam,kena cari lorong belakang kompleks... - APA

Thursday, 7 November 2013

Shahidan - Laporan MTEM Petronas Diskriminasi Kaum Melayu Perlu Disiasat

KUALA LUMPUR - Laporan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang dakwa wujud diskriminasi terhadap Melayu, oleh Petronas perlu disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sifatkan dakwaan itu amat serius kerana libatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kita tidak boleh tutup kritikan ini. Kita kena siasat. Kalau benar, tidak boleh buat begitu.

"Kita mesti ingat, untuk kembangkan perniagaan bukan hanya orang tertentu, tapi ia mesti memenuhi pemikiran untuk memperkasakan Bumiputera atau bukan Bumiputera,” katanya.

Katanya, peraturan melibatkan kontrak GLC dan badan-badan yang berkaitan perlu diteliti supaya Melayu tidak dipinggirkan.

“Saya berpendapat sudah masanya kerajaan melihat semula semua kontrak melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ada supaya tidak berlaku pertembungan dari segi arahan.

“Kalau tidak dikaji semula, mungkin perkara ini akan terus berlaku, menyebabkan ada pihak yang tidak mendapat apa yang sepatutnya diterima mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, perkara itu perlu dikaji supaya dapat mengelakkan perkara itu berlaku.

“Saya berpendapat seelok-eloknya kita mengkaji sedalam-dalamnya sektor manakah Petronas tidak membantu Melayu kerana saya yakin sesetengah sektor yang mana kemampuan belum lagi dapat dicapai dalam sesetengah sektor tersebut.

“Tapi kalau ada sektor yang melibatkan Melayu, saya rasa perlu ada post-mortem (bedah siasat) supaya pihak kerajaan mengambil serius yang dinyatakan MTEM supaya setiap apa yang dinyatakan Perdana Menteri untuk pemerkasaan Bumiputera itu dapat diterjemahkan ke peringkat bawahan,” katanya.

“Laporan itu harus dilihat kembali dengan fakta dan pengalaman, kerana saya yakin kita kena wujudkan situasi menang-menang.

“Tapi dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dengan kewujudan unit ekonomi Bumiputera ini seharusnya dijadikan kayu ukur tahap ketelusan, sama ada Petronas atau GLC lain untuk membantu Bumiputera,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar mendakwa syarikat Bumiputera dan Melayu diiktiraf negara dan syarikat luar turut menjadi mangsa apabila diketepikan daripada menerima kontrak Petronas.

Friday, 11 October 2013

#azlan4exco - Khas Buat Para Perwakilan Umno

Menghadapi situasi cabaran politik yang semakin mencabar, seharusnya para perwakilan dalam perhimpunan agung Umno kali ini berfikiran terbuka dan lebih mementingkan hala tuju perjuangan parti berbanding individu.

Kita sering mendengar dimana tanggapan kurangnya golongan profesional menyertai Umno diperkatakan oleh pelbagai pihak, tidak dinafikan tanggapan negatif itu sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada Umno, menjadi tanggunggjawab seluruh ahli Umno dalam membersihkan persepsi berkenaan supaya ianya tidak terus menular menjadi barah didalam pemikiran generasi baru yang boleh menyebabkan mereka malu untuk menyokong parti yang dibarisi oleh kepimpinan yang dianggap tidak profesional.

Sedangkan Umno itu sendiri sentiasa relevan dan masih kekal didominasi oleh golongan profesional, muka-muka baru dikalangan profesional yang tampil setiap kali pemilihan agung parti menjadi salah satu bukti Umno kekal diminati oleh golongan tersebut, kombinasi muka baru dan lama terus menjadikan Umno kekal relevan dulu, kini dan selamanya.

Bagaimanapun demi memantapkan lagi Umno dalam menghadapi parti-parti pembangkang yang sebahagian besar dari pemimpin mereka dikalangan pengamal undang-undang yang sering berselindung disebalik hak asasi dan majlis peguam, difikirkan ada baiknya juga jika para perwakilan tidak melupakan kepentingan itu dan turut memberi peluang kepada calon-calon yang berlatarbelakangkan perundangan seperti peguam untuk membarisi kepimpinan tertentu khasnya dalam sayap Pemuda dan Puteri.

Ianya penting dalam kita menjamin dasar parti yang dibawa untuk membela bangsa Melayu supaya tidak mudah diganggu-gugat sebagaimana yang sedang diusahakan oleh kaum tertentu dengan mencabar hak keistimewaan orang Melayu, mungkin jika dahulu selalunya kita mempertahankan hak kepentingan bangsa kita dengan berparang, demontrasi dsbnya, hari ini ianya sudah berubah, setiap perkara kesemuanya diputuskan menerusi mahkamah, (cth: Isu penggunaan kalimah Allah) dengan itu relevannya Umno dalam memartabatkan perjuangan agama, bangsa dan tanahair sudah pastilah kepimpinannya perlu ada golongan yang menguasai ilmu perundangan.

Tidak khusus kepada mana-mana calon, malah calon-calon yang berlatarbelakangkan perundangan perlu diberikan tempat yang sewajarnya sebagaimana yang dikehendaki oleh pasaran politik hari ini. Selamat Memilih. Anda Mampu Mengubahnya.