Kak Long Jeli...
Satu nama yang tidak perlu penulis perkenalkan lagi kepada Wanita di Kelantan, Kak Long atau nama sebenar Roslinah Mohamed yang lebih 20 tahun menyumbang bakti terhadap kaum wanita di Kelantan kini menawarkan diri bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Wanita kerana mahu berbakti ke peringkat yang lebih besar.
Naib Ketua Pergerakan Wanita Negeri Kelantan yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jeli memaklumkan tujuan dirinya bertanding sebagai Exco kerana mahu berbakti terhadap wanita. Kerana dengan adanya platform di peringkat pusat ia memudahkan lagi untuk dia berkhidmat kepada masyarakat terutama sekali kaum ibu.
Kak Long antara wanita yang memberi sumbangan besar kepada kemenangan BN di DUN Air Lanas, di bawah Parlimen Jeli yang diwakili oleh Dato Sri Mustapa Mohamed ketika kempen PRU13 tempoh hari.
No comments:
Post a Comment