Apa yang ditegur oleh Ketua Audit negara berkaitan projek Lembah Sireh antaranya adalah seperti berikut:
1.) Pindah milik tanah dibuat kepada Syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank.
2.) Bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan oleh Syarikat.
2.) Bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan oleh Syarikat.
3.) Syarikat gagal memberikan sumbangan kepada Kerajaan seperti mana dalam perjanjian.
4.) Kemajuan projek tidak mengikut Jadual Pelaksanaan.
5.) Perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada Syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek
Bagaimanapun daripada lima perkara tersebut, rakyat nak tahu dua
perkara saja dulu yaitu perkara 1 dan 2, kerana ianya sangat penting
bagi menjamin kedaulatan negeri Kelantan Darul Naim. Jawapan yang
diberikan oleh PAS Kelantan beberapa hari yang lalu adalah jawapan yang
melencong dari perkara pokok.
Namun, mungkinlah Kerajaan PAS Kelantan tak faham soalan, jika begitu hendak dijelaskan sekali lagi yaitu:
Kenapa tanah-tanah tersebut sudah dipindah milik kepada nama syarikat
berkenaan sedangkan projek belum lagi siap, kenapa tidak dipindah milik
setelah projek berkenaan sudah siap ?.
Pemindahan milik tanah kepada syarikat berkenaan juga tidak ada sekatan dimana syarikat itu telahpun mengGADAIkan tanah tersebut seluas 13.52 ekar untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM75 juta.
Kerana menurut laporan audit, cagaran tanah untuk tujuan pinjaman
mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat
dijelaskan. Penukaran hak milik tanah kepada Syarikat dan tanah
dicagarkan kepada bank serta bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan
sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mengundang risiko yang tinggi
kepada Kerajaan.
Bon jaminan pelaksanaan pula sebanyak 5% atau RM15.91 juta daripada
nilai tanah RM318.29 juta, akan tetapi pada sidang media beberapa hari
lalu Kerajaan PAS Kelantan mendakwa bon bernilai RM 150 ribu akan
diserahkan kepada kerajaan negeri, persoalannya RM 150 ribu tu bon ke
'bokbong' ?
Bagi perkara lain pula mengenai kewujudan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) di Negeri Kelantan. Apakah SPRM wujud dinegeri ini ?
Jika wujud adakah ia berfungsi ? Atau makan 'gaji buta' seperti kerajaan
negeri juga.
Statistik tangkapan oleh SPRM bagi seluruh Malaysia |
Bangunan baru SPRM yang gah berdiri itu nampaknya tidak balik modal pun
lagi, dalam setahun berapa kes yang disiasat dan didakwa di Kelantan ?
SPRM Kelantan tolong buat keluar statistik tangkapan dan dakwaan, biar
semua rakyat dapat nilai berbaloi ke tidak SPRM buat kerja, kalau tak
nak kerja sila letak jawatan, jangan main-main dan bazirkan wang rakyat
untuk bayar gaji kakitangan SPRM.
Takkan tiada kes, ini sangat mustahil, kalau ikut formula yang
digunapakai oleh Anwar Ibrahim ialah kemunduran sesebuah negeri dan
negara adalah disebabkan berlakunya rasuah, salahguna kuasa dan
penyelewengan. Adakah Kelantan maju kerana itu tidak berlaku
penyelewengan ? Rasanya penyelewengan ada berlaku, tetapi kelemahan
pihak SPRM serta takut, malas untuk bertindak secara agresif menyebabkan
pemimpin PAS Kelantan terus bermaharajalela rakyat Kelantan pula terus
teraniaya. -Gelombangkick
No comments:
Post a Comment