Tuesday, 9 October 2012

Kontroversi Pecat Faekah Jangan Libatkan Saya - Azmin Ali

Gesaan agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dipecat daripada kedudukannya bukan mewakili pendirian rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. 

Enggan dikaitkan dalam konflik pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali menyerahkan isu berkenaan kepada pentadbiran parti di peringkat pusat. 

"Gesaan itu bukan atas nama Majlis Pimpinan Negeri (MPN), dia tak mewakili MPN. MPN tak membincangkan pun mengenai perkara ini. 

"Tapi kita hormati pandangan itu. Itu pandangan beliau sebagai anggota dan selaku pengarah pilihan raya. Malah saya percaya ia juga pandangan ahli akar umbi hasil lawatannya ke cabang-cabang," katanya kepada mStar Online di Parlimen di sini, Selasa. 

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa kepimpian PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya negeri, Borhan Aman Shah agar PKR Pusat mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta. 

Menurut Borhan, PKR Pusat didesak berbuat demikian kerana Faekah secara terbuka mengkritik Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden parti. 

Mengulas lanjut mengenai rungutan yang ditimbulkan, Ahli Parlimen Gombak itu bagaimanapun menyerahkan isu berkenaan kepada pentadbiran parti diperingkat Pusat untuk menanganinya. 

"Pandangan telahpun disuarakan oleh anggota, jadi terserah kepadaparti untuk meneliti pandangan serta cadangan yang dikemukakan. 

"Anda kena rujuk Setiausaha Agung kerana ia melibatkan isu pentadbiran parti," katanya. 

Ditanya sama Borhan merujuk kepadanya terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan media, Mohamed Azmin berkata: "Tak ada...tak ada perbincangan dibuat."  -Mstar

No comments:

Post a Comment