LONDON - Buku kontroversi yang ditulis oleh salah seorang anggota Seal Amerika Syarikat (AS), yang mengambil bahagian dalam operasi yang mengorbankan Osama bin Laden, belum muncul di pasaran sehingga semalam, tetapi sebahagian petikan buku berkenaan telah diterbitkan.
The Sun, United Kingdom mencetak prolog buku berkenaan, No Easy Day bersama-sama dengan sebahagian petikan, kelmarin.
Penulis yang menggunakan nama pena Mark Owen menceritakan detik-detik helikopter yang membuat serangan ketika operasi 2 Mei 2011 itu di tempat persembunyian Osama di Pakistan.
"Sasaran kami kini berada di tempat persembunyiannya dan sesiapa yang berada di tempat itu akan mengalami malam yang buruk.
"Helikopter kemudian berputar sebanyak 90 darjah dan saya dapat rasakan gegaran di kiri kanan saya dan terpaksa bergelut untuk mencari tali untuk mengelakkan tergelongsor keluar dari pintu," katanya melalui satu petikan.
Owen berkata dalam petikan yang diterbitkan oleh New York Post itu mengimbas kembali detik-detik itu dan mendengar tembakan yang membunuh Osama.
"Di ambang kematiannya, Osama masih bergerak dan menggeletar. Kemudian saya menembaknya menggunakan laser di dadanya dan peluru menembusi badan Osama. Dia mati di depan," katanya.
Osama tidak mempunyai sebarang niat untuk menyerang balas, tulis Owen lagi.
Pentagon mengancam akan menggunakan tindakan undang-undang terhadap penerbit buku dan enam bekas ahli pasukan tentera berkenaan kerana melanggar perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan AS.

No comments:
Post a Comment