Monday, 6 August 2012

Kes Murtad : Penduduk Diminta Bersama Atasinya

PASIR MAS – Penduduk diminta ‘menjaga tepi kain’ sesama Islam, dalam mengekang penularan kes murtad. 

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, di Shah Alam, rangkaan menunjukkan hampir setiap hari, umat Islam dilaporkan murtad. 

“Semua umat perlu berganding bahu dalam meningkatkan kefahaman Islam, agar ia tidak dipandang enteng oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

“Pastikan anak-anak berada di landasan yang tepat, dan mengamalkan ajaran Islam yang betul dalam memastikan kesejahteraannya di dunia dan akhirat. 

Beliau berkata demikian, ketika tazkirah di Masjid Tuan Guru Daud, Pondok Padang mukim To' Uban, seterusnya berbuka puasa bersama 100 penduduk di sini. 

Beliau turut meluangkan masa bersama hampir 1,000 penduduk di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Chenok, dalam Majlis Makan Colek. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia ini juga, menasihati ibu bapa, dengan mendidik anak-anak ke jalan Islam, agar ia menjadi benteng kepada perbuatan yang dimurkai. -Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment