Pastinya setiap di antara kita yang sudah berkahwin akan merasa sedikit perbezaan apabila menyambut Ramadhan serta Syawal terutama di usia awal perkahwinan.
Begitu juga dengan pasangan selebriti romantis Lisa Surihani Mohamed dan suami tersayang, Yusry Abdul Halim.
Ini merupakan tahun pertama mereka menyambut Ramadhan serta Syawal yang bakal menjelang tiba sebagai pasangan suami isteri.
Lisa berkata, dia rasa bersyukur dan terharu apabila dapat menyambut Ramadhan serta membuat persiapan Syawal sebagai seorang isteri.
Mereka yang mendirikan rumahtangga pada 23 Februari lalu rasa gembira apabila dapat menyambut Ramadhan bersama-sama.
“Seronok dapat berbuka bersama suami dan keluarga. Tapi, kadang-kadang tu masing-masing sibuk dan saya pun selalu di lokasi penggambaran,” kata Lisa sewaktu ditemubual MyNewsHub.
Menurutnya, dia juga masih sibuk menjalani penggambaran drama bersiri ‘Mana Hilangnya Juwita’.
Lisa turut menyatakan yang dia lebih bersederhana dalam membuat persiapan Syawal dan tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.
“Selalu persiapan raya hanya saya dan adik beradik.
“Tetapi kali ini sedikit berbeza sebab saya perlu membuat persiapan raya untuk suami dan keluarga mertua saya,” jelas Lisa.
Ujarnya lagi, dia lebih memfokuskan untuk membeli pakaian serta keperluan penting bagi sambutan Syawal berbanding sesetengah orang yang memilih untuk menukar langsir rumah dan sebagainya.
Lisa turut merasakan Syawal merupakan sesuatu yang amat istimewa bagi dirinya apabila mendengar takbir di pagi raya.
Selain itu, tambah menggembirakan apabila khabarnya Lisa dan suami akan menyambut Syawal di kediaman baru mereka.
“Insyaallah, kami akan menyambut Syawal di rumah baru yang kini sudah siap hampir 90 peratus,” katanya.
Pada masa yang sama, Lisa turut menafikan beberapa pihak mengatakan yang dia sedang mengandung.
“Orang nampak badan saya naik. Itu tandanya bahagia.
“Belum ada rezeki untuk mengandung. Ini semua rezeki Allah. Kami mampu berusaha dan berdoa,” jelas Lisa.
Lisa turut berterima kasih kepada peminat-peminat yang sentiasa mendoakan supaya dia hamil. -Mynewshub

No comments:
Post a Comment