Monday, 16 July 2012

Pakej Nikah di Siam Guna Internet

KOTA BHARU – Pakej perkahwinan di selatan Thailand menerusi internet kini semakin bercambah dengan lebih 10 laman web dikesan menawarkan perkhidmatan itu dengan bayaran serendah RM1,250.

Antara pakej yang diiklankan ialah Urusan Khidmat Nikah Kahwin Pakej Poligami Kadi Wali Hakim Di Thailand Siam dan Perkhidmatan Sah Kahwin Lari Siam Nikah Senyap Thai Poligami Bukan Sindiket.

“Saya bukan berniat menggalakkan masyarakat kita berkahwin di negara jiran dan melanggar peraturan negara ini, namun ia satu cara mengelakkan mereka melakukan maksiat,” – Hisham (bukan nama sebenar), seorang ejen.

Pelanggannya pula termasuk golongan profesional dan ahli perniagaan berpangkat Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Pakej lengkap

Pakej itu merangkumi pengangkutan dari lapangan terbang, melepasi pintu sempadan Malaysia-Thailand, khidmat nasihat mengenai dokumen penting, pasport, penginapan hotel, makan dan minum sehinggalah ke lokasi sama ada di Narathiwat, Songkla atau Yala.

Seorang ejen, Hisham (bukan nama sebenar), 37, dari daerah ini yang ditemui mengaku mula menawarkan pakej itu sejak beberapa tahun lalu dengan mengiklankan perkhidmatannya menerusi internet.

Tanpa berselindung, Hisham berkata, secara purata dia menguruskan 30 pasangan setahun ke Selatan Thailand dan mengenakan bayaran RM1,500 bagi setiap pasangan.

“Bayaran ini cukup murah jika dibandingkan dengan ejen lain yang mengenakan bayaran sehingga lebih RM4,000,” katanya.

Hisham mengakui sering dilemparkan kata sinis dan kasar menerusi komen dalam Facebooknya terutama oleh wanita, namun ia tidak menghalangnya untuk terus menawarkan perkhidmatan itu.

Baginya, apa yang dilakukan bertujuan ikhlas dan mahu mengelak orang Islam terjebak dengan maksiat.

“Saya bukan berniat menggalakkan masyarakat kita berkahwin di negara jiran dan melanggar peraturan negara ini, namun ia satu cara mengelakkan mereka melakukan maksiat,” katanya.

Dia yang berkahwin dengan wanita warga Thailand dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan itu berkata, kebanyakan pasangan mendapatkan perkhidmatannya berusia 35 hingga 50 tahun atas tujuan berpoligami.

Antara pelanggannya termasuk golongan profesional berpangkat Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).





3 comments:

  1. Urusan Nikah Dua Pakej Kahwin Lari Khidmat Poligami Siam Thailand

    Khidmat Kahwin Sesama Urusan Mudah Nikah Lari Poligami Di Siam Thai

    As salam,

    Sy menawarkan khidmat nikah, kahwin, poligami, wali hakim dlm masa 1 jam shj yg dibuat di Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala Cawangan Betong. Kwsn ini aman & tenteram tanpa sebarang perintah darurat. Tiada ancaman banjir seperti di Songhkla & Narathiwat. Penduduk di sini jg masih menggunakan bahasa Melayu & Ringgit Malaysia dlm urusan seharian.

    Hanya Negeri Yala mempunyai Pejabat Agama yg trletak 5 minit perjalanan dr Kompleks Imigresen (5 minit shj dr sempadan Malaysia). Jgn percaya dgn kenyataan dr pihak tidak bertanggungjwb krn semua nikah yg dibuat dlm Pej Agama adalah sah & diiktiraf. Ini telah disahkan oleh Pejabat Agama di Malaysia & di Thailand.

    70% nikah yg dibuat di Songhkla & Narathiwat tidak sah dr segi syarak. Saya telah membawa lbh dr 100 psgn tanpa sebarang masalah utk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Kadi Wilayah Yala trdiri drpd tokoh terkenal seperti Doktor, Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat, Dato, Senator, Tuan Guru dan Pegawai Majlis Agama akan menjadi saksi nikah. Sijil Nikah yg asli akan terus diserahkan slps akad.

    Tiada masalah utk daftar di Malaysia krn semua dokumen yg berkaitan akan dibekalkan. Pegawai Agama di sana jg sedia dtg ke Malaysia bg membantu urusan daftar nikah psgn. Elakkan bernikah di tempat awam seperti rumah kadi, masjid, hotel, dll krn psgn berisiko ditipu oleh Sindiket Nikah yg tidak diiktiraf. Tidak sah nikah jika akad dibuat dlm Malaysia oleh kadi dr Thailand.

    Kenderaan disediakan dr Tol Kuala Kangsar Lebuhraya PLUS/Pulau Pinang/Gerik/Pengkalan Hulu.

    Saya sendiri menguruskan segala urusan hingga selesai, bkn melalui pihak ketiga atau agen.

    Sila email elmyda@gmail.com atau call 0175955633 utk info lanjut.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    Contact. No. Telefon Siam +66620530675
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan +++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai Traditional Massage InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    Contact. No. Telefon Siam +66620530675
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan +++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai Traditional Massage InsyaAllah...

    ReplyDelete