APABILA terlampau banyak projek-projek yang diumum akan dilaksanakan di Kelantan oleh pelopor utamanya yang juga Exco Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dengan pengumuman projek-projek tersebut.
Kebanyakkan pandangan rakyat menyatakan projek yang diumum beliau hanyalah bersifat memperbodohkan rakyat diatas kepercayaan yang telah diberikan kepada Pas selama ini, sekalipun projek yang diumumkan tak terlaksana seperti yang dijanjikan, pemimpin Pas tetap bersahaja dengan alasan-alasan rutin yang menyalahkan Umno diatas kegagalan mereka dan alasan itu dilihat masih terpakai kepada segelintir penyokong Pas.
Seperti projek pembinaan lebuhraya rakyat yang bernilai RM 1.8 Billion dan mengharap sumbangan derma dari rakyat itu juga adalah salah satu projek diluar pemikiran waras manusia, ini kerana pelancaran dan peletakkan batu asas dibuat ketika projek tersebut masih belum mendapat kelulusan exco kerajaan negeri Kelantan, dan kerja-kerja mengukur serta membayar pampasan kepada pengambilan tanah rakyat juga belum lagi dibuat.
Adat kata memang tidak terfikir apa yang akan dilakukan oleh Pas dengan projek itu, lebih selesa melihat projek lebuhraya itu turut akan menemui kegagalan sama dengan projek koridor depu Kelantan, tapi bagaimana pula penafian Husam mengenai kegagalan projek depu itu, benarkah projek depu gagal atau kegagalan tersebut hanyalah satu fitnah dari Umno untuk memburukkan nama baik kerajaan Islam Pas dan Husam?
Pada Sidang DUN ketika menjawab soalan dari wakil Nenggiri berkaitan projek depu , Husam menafikan kegagalan projek itu malah beliau menjelaskan dengan lebih terperinci sepertimana yang boleh anda saksikan pada klip video dibawah, namun penjelasan Husam itu nampaknya telah dicabar oleh pihak tertentu yang difahamkan bersedia untuk membongkar realiti sebenar di ladang depu dan akan mengirimkan bukti rakaman video dan temubual dalam waktu terdekat ini.
Sama-sama kita nantikannya.
No comments:
Post a Comment