Thursday, 28 June 2012

DADAH BERNILAI RM 1JUTA DAN PISTOL BERSAMA 3 PEMUDA DI KELANTAN

KOTA BHARU – Tiga sahabat termasuk seorang bekas tentera berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas tuduhan mengedar heroin di rumah tidak bernombor di Kampung Bakat, Rantau Panjang, Januari lalu.

Bekas tentera, Mohd Hafizul Aswan Azman, 28, dan dua rakannya, Roslan Hanapi, 34, dan Abdul Razak Senik, 38, masing-masing bekerja sebagai buruh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengikut tuduhan, mereka didakwa mengedar 310.10 gram heroin di stor belakang rumah tanpa nombor berkenaan, pada jam 2.15 pagi, 30 Januari lalu.

Berikutan itu, ketigatiganya boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Pada prosiding semalam, mereka mengaku tidak bersalah. Susulan pengakuan tersebut, Hakim Azman Abdullah menetapkan sebutan semua pada 16 Julai depan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Julia Ibrahim dan peguam bela Hasif Hasan yang mewakili Mohd Hafizul Aswan dan Roslan, sementara Abdul Razak tidak diwakili peguam.

Pada 1 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan polis Kelantan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah apabila merampas heroin bernilai RM1 juta yang disifatkan rampasan terbesar dalam tempoh 10 tahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya turut merampas sepucuk pistol jenis ‘Smith & Wesson’, empat butir peluru hidup, satu kelongsong peluru dan wang tunai berjumlah RM9,900 termasuk mata wang Thailand bernilai RM1,700 dipercayai hasil jualan dadah.

Wednesday, 27 June 2012

Dedahkan Janji Kosong PAS Kepada Rakyat - Tok Pa

kelatetoday

Oleh : Ali Salleh

JALAN BAYAM – Sejak 22 tahun Pas memerintah Kelantan pelbagai aduan daripada mulut terkeluar terhadap kepincangan pentadbiran parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu.


Antara isu yang menjadi kemarahan rakyat ialah isu bekalan air bersih di seluruh negeri Kelantan, projek mega yang gagal dilaksanakan seperti projek pembangunan Lembah Sireh, Pasar baru Pasir Puteh, Stadium baru di Pasir Puteh, Jambatan Palekbang-Kampung Cina dan pembinaan masjid di Kelantan.

Selain itu, terdapat projek-projek yang dilaksana Pas Kelantan menjadi keraguan rakyat terhadap kejayaannya seperti projek Jihad ternak, projek Koridor Depu, projek Ladang Rakyat dan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.


Justeru Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji Pas yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat.

“Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji PAS sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat,” katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis PAS. - Khabar KB







Tuesday, 26 June 2012

Lima Aktivis Cedera Sebelum Perhimpunan SEDAR


Rakaman pergaduhan di antara pihak 'Royalti' dan 'SEDAR petang tadi :
KOTA BHARU - Seramai lima aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas ke Kelantan (Royalti) cedera didakwa dipukul ketika berhimpun di hadapan perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Salah seorang mangsa yang juga Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

Katanya, sewaktu perundingan itu berlangsung, keadaan agak tegang dengan bunyi bising serta provokasi daripada penganjur Himpunan Sedar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan berbincang dengan dengan pihak satu lagi. 

“Belum sempat habis berunding dengan polis berhubung kawasan himpunan diperluaskan memandangkan peserta Pra-Himpunan Royalti ini semakin ramai, saya pergi berjumpa ketua pihak berkenaan untuk menasihatkan menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi. 

“Tetapi malangnya mereka sukar untuk dibawa berunding hingga menjadikan saya ambil keputusan untuk beredar. Sewaktu saya hendak beredar tiba-tiba saya dipukul curi secara padu dari bahagian belakang, pada bahu, leher dan kepala,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu. 

‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’ dianjurkan untuk menyerahkan memorandum tuntutan beserta plak Royalti yang telah ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri ini. 

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, berkata dia terpaksa menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang sama. 

“Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda tajam,”katanya. - Berita Harian

Demontrasi di Kelantan Bertukar Jadi Ganas


Kota Bharu - Pertembungan dua kumpulan pada perhimpunan yang diadakan di Kota Bharu pagi ini menyaksikan salah seorang dari kumpulan yang dikenali sebagai TEAM "R" mengalami kecederaan kecil di kepala didakwa dipukul oleh anggota kumpulan satu lagi yang dikenali sebagai SEDAR.

Perhimpunan itu juga dicemari dengan balingan asap merah (bom asap) daripada salah satu kumpulan yang hadir, bagaimanapun tindakan pantas pihak polis yang bertugas berjaya mengawal keadaan dan keadaan kembali tenang.

Dalam pada itu team Kelantan Cyber Warriors (KCW @AOK) yang berada di lokasi perhimpunan tersebut melaporkan lebih 4,000 orang menyertai perhimpunan itu dan 3,000 daripadanya adalah dari TEAM "R" kumpulan yang menyokong tuntutan royalti manakala selebihnya dari kumpulan sedar yang menuntut 22 Janji daripada kerajaan Pas Kelantan.

Difahamkan, perhimpunan itu juga menunjukkan sikap dan mentaliti penyokong parti, kerana, walaupun perhimpunan tersebut dikatakan dianjurkan oleh NGO namun NGO-NGO tersebut lebih condong berpihak kepada parti-parti yang didokong oleh mereka.



Foto dari blog Perigi Timur & GelombangKick

Ikuti laporan penuh di blog GelombangKick

Sunday, 24 June 2012

Peragut Dalam Masjid Dihalang Pelajar Tahfiz

PASIR PUTEH - Seorang pelajar Tahfiz al-Quran Ibrahimi menghalang pencuri melarikan beg yang dicurinya di Masjid Ibrahimi, kelmarin.

Mohd Irfan Che Ya, 19, berdepan dua pencuri yang berjaya meloloskan diri daripada kepungan orang ramai selepas mengambil beg dua jemaah wanita sedang menunaikan solat Subuh.

“Ketika itu saya ditugaskan untuk berkawal bersama enam rakan di persekitaran masjid sejurus selesai solat Subuh, tiba-tiba masjid gempar apabila dua jemaah wanita menjerit apabila beg mereka dilarikan.

“Saya terus membaca ayat suci al-Quran bagi mempertahankan diri sebaik menyedari lelaki itu hendak menyerang. Saya menendang seorang daripadanya menyebabkan satu daripada dua
beg dipegangnya terjatuh,” katanya.

Menurutnya, dia terus mengambil beg yang terjatuh itu sebaik menyedari lelaki terbabit cuba merampasnya semula.

“Kami berusaha memberkas pencuri terbabit tetapi lelaki itu sempat melarikan diri dan menaiki kereta Perodua MyVi yang sedia menunggu di luar masjid,” katanya.

Sinar Harian difahamkan beg yang berjaya dilarikan itu berisi pakaian dan hanya terdapat beberapa ringgit sahaja.

Imam Dua Masjid Ibrahimi, Hanafiah Abdul Aziz berkata, pelajar tahfiz ditugaskan untuk berkawal bagi memastikan keselamatan jemaah terjamin.

“Bagaimanapun, kemasukan orang ramai ke kawasan masjid tidak terkawal sejak pasar raya baru dibuka menimbulkan sedikit keresahan dari pelbagai aspek,” katanya semalam.

Tambahnya, beliau juga kesal dengan sikap sesetengah pelanggan pasar raya berkenaan yang menjadikan kawasan masjid untuk meletakkan kenderaan.

Friday, 22 June 2012

ADA PIHAK MAHU LAGAKAN ULAMA - NIK AZIZ

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ulama yang dilahirkan di negara ini mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan hanya terhad kepada mereka di tanah Arab.

Nik Aziz berkata, kebanyakan ilmuwan agama yang ada di negara ini dilahirkan dari Universiti Al-Azhar, Mesir yang menjadi tempat tumpuan umat Islam melanjutkan pengajian tinggi.

Bagaimanapun Nik Aziz berkata, komen negatif yang membabitkan ulama universiti Al-Azhar terhadap Pakatan Rakyat dilakukan oleh pihak tertentu bagi memecahkan hubungan yang tersedia terjalin sebelum ini.

“Ada pihak nak melagakan, antara Tok Guru dan kami mereka kena juga tahu bahawa Sheikh Azhar ilmunya al-Quran dan Hadis. Kami juga (memperoleh) ilmu al-Quran dan Hadis juga,”katabeliau selepas kuliahmingguan di Dataran Ilmu di sini , hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar,Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashourmat baru-baru ini bahawa umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan. -Mstar

Wednesday, 20 June 2012

PRU13 Musim Haji Ibarat Sengaja Solat Ditempat Orang Lalu Lintas - Dr Asri

SHAH ALAM - Mengadakan Pilihanraya Umum ke -13 dimusim haji boleh diibaratkan sebagai solat yang sengaja dibuat  di tempat orang ramai lalu lintas  kata Mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas mengenai  khabar angin PRU13 yang  akan diadakan ketika musim haji.

Namun jika keadaan itu berlaku ia tidak boleh disalahkan kepada orang yang melintas sebaliknya ia harus dipersalahkan kepada orang yang sengaja bersolat ditempat tersebut.

"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Perkara ini turut disebut oleh pelbagai ulama seperti al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Bari, dan orang yang sengaja memilih tempat lalu lintas itulah yang berdosa." katanya.

"Ulama hendaklah memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas," bagaimanapun  beliau yakin bahawa parti yang memerintah tahu akan kesan buruk atau sengaja mencari isu jika memanggil PRU13 ketika musim haji.

PRU13 peringkat Parlimen akan diadakan apabila Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen. PRU13 dijangka diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

Musim haji tahun ini akan bermula pertengahan September.

Malaysia pernah mengadakan PRU pada musim haji.

"Saya tidak fikir kerajaan akan mengadakan pilihan raya," katanya dipetik dari  Sinar Harian Online ketika ditanya sama ada beliau yakin PRU13 akan diadakan ketika musim haji sebagaimana dikhuatiri oleh parti pembangkang khususnya Pas baru-baru ini.

"Oleh kerana mereka bimbang, mereka melontarkan isu berkenaan, tetapi saya rasa tidak begitu ," katanya yang juga Ahli akademik Universiti Sains Malaysia  dan sentiasa mengikuti dengan dekat, menganalisis dan mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan politik.

Demonstrasi Jalanan Tidak Bantu Kukuhkan Demokrasi, Kata Saifuddin

SHAH ALAM - Demonstrasi jalanan tidak membantu mengukuhkan demokrasi, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata di sebalik ruang bersuara untuk rakyat yang wujud di bawah Perlembagaan, demonstrasi jalanan perlu ditolak kerana ia mengundang banyak risiko kepada pelbagai pihak.

Menurutnya, perhimpunan dan demokrasi ada banyak bentuknya dan demonstrasi jalanan ialah satu daripadanya.

"(Tetapi) dalam demokrasi juga ada hak komuniti untuk menikmati ketenteraman awam, keselamatan dan harta benda," katanya dalam sesi debat dengan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bertajuk 'Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi' anjuran sebuah akhbar di sini Selasa malam.

Saifuddin, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata apa yang diperlukan rakyat ialah demokrasi lebih matang dan progresif yang boleh menjurus kepada negara yang lebih maju dan aman.

Saifuddin menarik perhatian bahawa tindakan menolak demonstrasi jalanan bukan disebabkan ketidakupayaan kerajaan mengurus situasi seumpama itu.

"Isunya ialah kerajaan yang bertanggungjawab tidak mahu ambil risiko gadaikan keselamatan awam," katanya.

Saifuddin turut merumuskan bahawa elemen yang menyumbang kepada keamanan Malaysia selama ini perlu dikekalkan, termasuk keperluan menghormati syarat-syarat tertentu ketika penganjuran sesuatu perhimpunan.

Dalam pada itu, Salahuddin mendesak supaya sebuah suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar mengapa kekecohanan berlaku pada perhimpunan di ibu negara pada 28 April lalu.

"Sebab itu perlu ada suruhanjaya diraja untuk siasat punca kejadian yang berlaku untuk beri keadilan kepada Bersih 3.0," katanya.- Bernama

Tuesday, 19 June 2012

Buktikan !!! Husam Musa atau Husam Saman !

KOTA BHARU - Pihak yang bertanggungjawab mendedahkan skandal mata wang dinar dan dirham dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) tidak takut disaman berhubung dakwaan itu kerana mereka mempunyai bukti kukuh.

Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan, semua pendedahan yang dilakukan termasuk laporan polis terhadap individu tertentu sudah disahkan kebenarannya dan ia bukan sekadar tuduhan karut.

Syed Azidi berkata, pihaknya menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan satu persatu fakta berkaitan dengan skandal mata wang syariah terbabit berdasarkan maklumat serta bukti dimilikinya.

Sehubungan itu, Syed Azidi meminta supaya Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar lagipun beliau sudah mendedahkan nama individu berkaitan dan meminta exco negeri itu menjawab 10 soalan dimuatkan menerusi blognya.
“Kita mahu Husam bertanggungjawab dan bersikap telus dalam perkara terbabit kerana syarikat itu dikendalikan Kerajaan Negeri jadi, rakyat juga mempunyai hak untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Lagipun perkara ini tidak ada kaitan dengan serangan bersifat peribadi, pendedahan ini adalah untuk kebaikan rakyat dan bukannya disebabkan pilihan raya yang semakin dekat. Saya tidak takut kerana kami ada bukti,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Hadir sama pada sidang media itu, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohd Zaidan Abdul Rahim, Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) Kamaruddin Mohd Kassim, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Kelantan, Syarif Mahmood.
Dalam pada itu, Syed Azidi bersama beberapa NGO menggesa Kerajaan Kelantan supaya menggantungkan urus niaga dinar dan dirham sehingga siasatan polis selesai serta mencadangkan pengurusannya mengenainya perlu diserahkan kepada pihak Baitulmal untuk menyelianya berlandaskan syariah Islam sebenar.

Sementara itu, Wan Khairul Ihsan juga memberitahu Husam perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan disebabkan pihak berkuasa juga sudah mengesahkan berhubung ketiga-tiga laporan polis berhubung salah laku tersebut.

Wan Khairul Ihsan berkata, pihaknya tidak akan mendedahkan semua salah laku tersebut sekarang kerana bimbang akan menyebabkan masyarakat panik.

Kelmarin, media melaporkan Polis Kelantan mengesahkan sedang menyiasat tiga laporan polis yang dibuat ke atas seorang pegawai kanan KGT iaitu syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersialnya, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, pihaknya menunggu laporan daripada Polis Kuala Lumpur sebelum tindakan lanjut. - Sinar Harian

Husam ! Jangan Jawab Karut !


Rakyat Kelantan perlu nekad bertanya kepada YB Dato’ Haji Husam Bin Musa dan menuntut exco Kerajaan Negeri itu memberi penjelasan tentang kemelut yang menyelubungi Kelantan Gold Trade Sdn Bhd. Rakyat Kelantan perlu  memastikan bahawa YB Husam Musa tidak melepaskan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dan masih berlaku seperti mana beliau mengelak di dalam isu Jihad Ternak Sdn Bhd.

Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut,
  1. Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo?
  2. Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd?
  3. Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut?
  4. Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo?
  5. Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan Umar Ibrahim Vadillo?
  6. Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo?
  7. Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo?
  8. Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat?
  9. Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade?
  10. Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara?

Husam dan Umar Vadillo dirakamkan oleh Kickdefella, 2007
Demi kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan berjuang membersihkan diri dan ummah dari rejim kewangan yang sedia ada, kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak tertentu ‘menjual’ matawang syariah ini untuk matlamat dan agenda peribadi atau politik masing-masing. Perbuatan ini sangat-sangat melampau sekali. Kita berharap YB Dato’ Haji Husam yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan supaya segera menjernihkan suasana dengan bersikat telus dan bercakap benar. Kita mahu jawapannya. Segera. - Kickdefella

Sunday, 17 June 2012

Larang Tilawah Sebab Jahil - Nik Aziz

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wanita di Kelantan belum memahami erti sebenar aurat menyebabkan kerajaan negeri bertindak melarang mereka menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas.

Mursyidul Am Pas itu berkata larangan itu dibuat ketika Pas baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.

"Waktu kita (Pas) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan.

Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Bharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam Pas (sahaja). Itu aurat," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa dasar kerajaan Pas Kelantan yang berubah-ubah berhubung penyertaan wanita dalam Tilawah al-Quran merugikan wanita Islam di negeri ini sejak lebih 20 tahun.

Tindakan kerajaan Kelantan itu dikritik kerana negeri ini banyak melahirkan juara qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk juara lapan kali peringkat antarabangsa Hajah Faridah Mat Saman.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menarik balik larangan itu dengan membenarkan wanita Kelantan menyertai Tilawah al-Quran bermula tahun depan.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mempertahan pendiriannya berhubung penangguhan untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum diadakan pada musim haji.

Akhbar hari ini melaporkan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata pilihan raya. - Bernama

Saturday, 16 June 2012

Syeikhul Universiti Al-Azhar Puji ' Pemerintah Islam Malaysia'

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia sebagai antara negara Islam termaju di dunia.

Bekas Timbalan Syeikhul Universiti A-Azhar Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.

"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik.

"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk 'Fiqh Mentaati Pemimpin' di sini, hari ini.

Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula semalam hingga 17 Jun.

Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.

Sheikh Mahmoud Ashour turut memberi ingatan agar tiada pihak yang menggunakan Islam untuk menakutkan masyarakat.

"Dalam proses mewujudkan sebuah negara Islam, tidak wajar menimbulkan suasana takut kepada masyarakat, dan tidak boleh memperjuangkan Islam secara kasar," katanya.

Beliau menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting.

Sementara itu, ketika menjawab soalan peserta seminar mengenai cadangan menangguhkan ibadat haji untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum, Sheikh Mahmoud Ashour berkata tindakan itu tidak perlu kerana jumlah jemaah haji tidak akan menjejaskan perjalanan pilihan raya.

"Tidak haram untuk menangguhkan haji, namun begitu, haji akan jadi wajib kepada mereka yang sudah mencapai kemampuan. Merujuk kepada jemaah haji Malaysia, jumlah jemaah yang mengerjakannya tidaklah sampai berjuta-juta, jadi tidak perlu menangguhkan kerana alasan pilihan raya," katanya.

Mengulas mengenai perhimpunan haram, beliau berkata pada prinsipnya, Islam tidak menghalang untuk berhimpun tetapi jangan sampai perhimpunan itu menimbulkan huru-hara dalam masyarakat.- Bernama

Thursday, 14 June 2012

SAYA DISURUH REKA BUKTI UNTUK JATUHKAN NAJIB - ZULKIFLI NORDIN

KENYATAAN yang dibuat Datuk Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru, ia pertama kali di bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR tidak berapa lama sebelum itu. Tapi bila kenyataan sama diulang semula semalam, secara terbuka dalam TV, ia mengejutkan ramai orang, terutama kalangan pensimpati pembangkang yang tidak terdedah dengan maklumat seumpama itu sebelum ini.

Orang pembangkang penulis tahu, trauma tengok TV, lebih lagi TV3. Tapi yang dianjur untuk diboikot itu setahu penulis Buletin Utama sahaja, rancangan Soal Jawab semalam tidak termasuk dalam senarai kot.

Ini pun satu hal juga, dalam pada bercakap tentang kebebasan bersuara, boleh pulak boikot-boikot media tertentu. Kebebasan suara apa macam ini?

Tapi tidak mengapalah, penulis tinggalkan soal itu untuk perbincangan di lain masa. Yang penting sekarang ialah, apa akibatnya kalau tuduhan Zul Nordin itu benar, yang dia diarah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya? Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib?

Ini perkara serius. Anwar bukan calang-calang orang, pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh isterinya sendiri), dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in the making, cakapnya, gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua. Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik beradik sendiri.

Semasa demo Bersih itu hari, penulis lihat sendiri begitu ramai yang bangga, cukup dengan berdiri di sebelah bayang-bayang Anwar saja pun.

Penulis sendiri bangga dengan Anwar, terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya – tak sangka rupanya ada orang Melayu yang punya ‘size’ seperti dia, ingat Mat Salleh saja. Kebanggaan menjadi Melayu, bertambah kuat setelah menonton video itu.

Ini sekadar nak menunjukkan betapa hebatnya Anwar.

Tapi siapa sangka, di antara semua yang hebat dan ‘baik-baik’ itu, rupanya Anwar juga tidak banyak beza dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya – guna politik kotor untuk jatuhkan imej pemimpin tertentu. Yang dedah bukan orang lain, tapi bekas peguam dia sendiri. Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil, toksah mimpi nak disamakan dengan Zul Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan!!

Sudah tentu cakap Zul Nordin ada merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai. Kalau ini salah, apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah, macam biasalah – saman.

Tapi kalau tanya penulis, memang dari mula pun tak percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini. Apa bukti yang ada, melainkan akuan bersumpah yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata. Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah? Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam. Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem perundangan sivil negara ini, kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan orang Islam sahaja.

Jangan kita lupa, Anwar tolak amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama, sumpah juga.

Sudah tentu tuduhan terlibat dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan, kalau tidak, Raja Petra Kamarudin (RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Najib mengemukakan saman terhadapnya. Kita perlu lebih dari Akuan Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang yang dituduh itu benar-benar terlibat.

Sebab itu akibat dari dakwaan Zul Nordinini besar. Bukan sedikit orang yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh Altantunya. Apa nak jadi dengan orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini? Siapa nak tanggung dosa semua tu?

Ada yang jenis orang ini yang penulis kenal, bergelar pak Haji tau. Jangan silap saja penulis sebut pasal Anwar depan dia, cepat-cepat dia mintak 4 saksi, walaupun apa yang penulis sebut itu tidak ada kena mengena dengan hukum hudud dimana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban. -Mynewshub.

Wednesday, 13 June 2012

BN ATAU PAS YANG LEBIH HEBAT DI KELANTAN??

KOTA BHARU - Gendang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) belum lagi dipalu, namun semangat politik orang di Kelantan sudah membuak-buak.

Buktinya, bendera-bendera politik berwarna biru pekat, biru muda, hijau dan sesekali diselitkan dengan putih-merah sudah digantung di sana-sini. Seperti kebiasaan juga provokasi bakar bendera lawan juga sudah mula kedengaran.

Sebagai sebuah negeri yang majoritinya Melayu-Islam, sudah pasti Pas dan Barisan Nasional (BN) merupakan dua parti yang menjadi sinonim kepada rakyat Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Realitinya kewujudan PKR, MCA dan MIC di negeri hanya untuk melengkapkan sokongan dan ‘meraikan’ perjanjian di peringkat pusat.

Bercakap soal pilihan raya, topik yang kini berlegar di kedai kopi adalah mengenai calon!, ia seperti bermain ‘puzzle’, menyusun petak-petak yang akhirnya bercantum demi untuk mendapat kemenangan.

Bagi Pas, pilihan raya kali ini menjadi titik penting bagi meneruskan pemerintahan di negeri ini.


Kesediaan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding seolah-olah memahami realiti beliau masih diperlukan untuk mengekal pemerintahan Pas di negeri ini.


Beliau dianggap sebagai benteng terakhir parti yang menjadi simbol berpadukan di kalangan ahli walaupun ada kalanya pendapatnya tidak sehaluan dengan pemimpin pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Persoalannya, mampukah Pas mempertahankan 38 dari 45 kerusi Dun yang disandang sebelum ini memandangkan terdapat isu yang masih tidak mampu diselesaikan dengan baik seperti kemudahan bekalan air.

Ditambah pula dengan sesetengah wakil rakyat yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan di peringkat akar umbi menyebabkan undi atas pagar mungkin beralih arah.

Pas tidak lagi boleh mengharapkan undi penyokong tegarnya semata-mata kerana trend pengundi kini berubah. Faktor personaliti calon kini diambil kira. Buktinya pada PRU 11, kerusi parlimen Machang dimenangi BN sementara ketiga-tiga Dun dikuasai Pas.

Bagaimanapun, pengumuman pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedikit sebanyak menaikkan imej Pas negeri walaupun keupayaan masih diragui sesetengah pihak.

Bagi Barisan Nasional, hasrat untuk menawan Kelantan bukan lagi angan-angan. Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku pemegang teraju BN Negeri menyusun gerak kerja parti dengan menyasarkan untuk memperoleh 23 kerusi Dun.

Namun jika BN mengidamkan negeri ini, faktor luaran dan dalaman perlu diambil kira. Dalam soal dalaman, BN Negeri perlu memastikan caj keting tidak lagi wujud seperti mana sebelum ini yang menyebabkan BN tumpas sebelum berjuang.

Kebimbangan ini disuarakan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail yang memberi peringatan kepada Umno supaya budaya ‘caj keting’ perlu dibuang sekiranya ingin menawan Kelantan.

Bagi faktor luaran, BN perlu meyakinkan rakyat bahawa parti itu bukan terlalu ‘kaya’ untuk rakyat sehingga merasakan ia hanya sesuai untuk golongan yang gah sahaja.

Rakyat Kelantan bukan mahu melihat parti yang eksklusif, tetapi parti yang mampu memperjuangkan hak lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan Islam.

Jika benteng itu mampu diruntuhkan, Umno sudah boleh membayangkan siapa Menteri Besar yang baru untuk dicalonkan!

Monday, 11 June 2012

PRU 13 TAK TERLALU CEPAT JUGA TAK TERLALU LAMA - TPM

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan baru - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak terlalu lama lagi.

Tetapi, beliau menambah - tarikhnya juga tidak terlalu cepat sebagaimana dijangkakan.

Beliau memberi sedikit gambaran, namun tarikh sebenar masih menjadi teka-teki.

Sidang Parlimen akan bermula esok di tengah-tengah spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ramalan banyak pihak menyebut PRU13 akan diadakan awal Julai. Malah ada yang meramalkan September ini.

Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

"Saya sedar rakyat Malaysia kini sudah tidak sabar-sabar lagi menghadapi PRU dan bagi Barisan Nasional (BN) bersama parti-parti komponen lain, kita mesti memastikan yang parti berada dalam keadaan bersedia dan kukuh untuk menghadapi pilihan raya," kata beliau berucap merasmikan Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan 2012 di sini, hari ini.

Tambah beliau, semua ahli perlu menyahut cabaran ini dan terus berjuang agar kemenangan besar dapat dicapai dalam PRU akan datang.

"Kita sekarang perlu berhadapan cabaran yang besar bagi menghadapi pilihan raya.

"Justeru itu, saya ingin memberi peringatan kepada ahli BN agar tidak berlaku sebarang persengketaan dan sebarang masalah atau isu negatif dalam parti," tegas beliau.

Katanya lagi, masalah yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh BN merupakan isu persepsi di kalangan pengundi kerana rakyat menjadi keliru antara realiti dan persepsi negatif yang ditimbulkan pembangkang.

"Apabila isu persepsi ini timbul, rakyat akan terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengenai kesahihan isu yang ditimbulkan pembangkang," kata beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan.

Timbalan Presiden Umno ini berkata, pembangkang kini menyerang dan menimbulkan persepsi negatif melalui rangkaian media sosial untuk menyebar fitnah yang tidak berasas.

"Oleh yang demikian, isu persepsi ini mesti diperbetulkan dengan kadar segera," tegas beliau.

Katanya, semua pemimpin tertinggi BN harus sentiasa tahu isu-isu semasa bagi memudahkan mereka memberi penjelasan kepada rakyat supaya tidak timbul isu persepsi ini.

"Selain itu, pemimpin tertinggi juga sentiasa turun padang dan mengambil langkah proaktif untuk memberi penjelasan secara terbuka terus kepada rakyat bagi membetulkan persepsi negatif mereka terhadap kerajaan," tambah beliau.

Untuk itu, jentera penerangan parti di setiap bahagian dan daerah mesti memberi penjelasan jika timbul sebarang isu dan saling membantu bagi memastikan BN dapat meraih semula kerusi yang dipegang pembangkang kini.

Sunday, 10 June 2012

KENYATAAN BERBENTUK 'FATWA' PEMIMPIN PAS AKAN DISIASAT

Machang - Umno bersedia mendedahkan kenyataan kenyataan berbentuk fatwa yang pernah dikeluarkan pemimpin Pas dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, sejak 'Amanat Haji Hadi' dikeluarkan pada 1981, pihaknya ada merekodkan kenyataan pemimpin Pas sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis.

"Rekod ini kita kena tengok semula sebelum kita hebahkan kepada orang ramai, kita akan semak siapa yang benar dan siapa yang tidak benar dalam perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sukarelawan Jiwa Malaysia di Universiti Teknologi Mara disini, Sabtu.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menafikan pernah menjanjikan syurga kepada pengundi yang memilih Pas pada pilihanraya.

Akhbar semalam melaporkan Menteri Besar Kelantan itu beliau hanya menyebut orang yang mengundi parti itu, khususnya pada Pilihanraya Umum 1990, mendapat pahala. -Bernama.

Friday, 1 June 2012

TANGISAN MUSTAPA MOHAMED DI LEBUHRAYA

Alhamdulillah,  Program Pecah Tanah 'Lebuhraya Rakyat' telah pun di sempurnakan dengan jayanya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam upacara yang penuh serba ringkas. Subhanallah.
Masyaallah, mengalir air mata bila melihat apa yang di zahirkan cara dan kaedah perasmian merupakan sesungguhnya cara yang paling tertinggi dan paling mulia di sisi Allah Taala. Insyaallah.
Cara ini sewajibnya mesti di praktikkan dalam segala apa program Kerajaan Malaysia dan contoh yang paling terbaik dalam memulakan sesuatu projek. Dalam hal ini 'BENAR TETAP BENAR'
Cuma apa yang tidak benar ialah  Apakah tidak adanya kepentingan politik dalam perasmian pecah tanah ini tatkala negara Malaysia  di ambang  PRU13 yang pada bila-bila masa sahaja pembubaran parlimen akan diumumkan PM Najib Razak?
Beberapa hari sebelum bermulanya upacara pecah tanah ini , Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Dato Seri Mustapha Muhammad telah membuat kenyataan pedas kepada Kerajaan Negeri Kelantan PAS sebagai TIDAK MAMPU MEMBINA LEBUHRAYA yang di tagihkan rakyat Kelantan.

Suatu kenyataan yang sememangnya keras dan tidak pandai berpolitik langsung dan masih mentah dalam memahami hati nurani dan jati diri anak Kelantan yang pantang di cabar. Hei , Tok Pa !!!! Jangan kau angkuh berkata demikian tatkala dalam kelemasan Kerajaan PAS ini tiba-tiba mungkin  ada pelabur dari negara Islam kaya yang lain datang melabur!!. Itu tiada mustahil. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah Taala.

Dan segala kenyataan Mustapha Muhammad itu di bidas dengan bersahaja oleh TGNA pada minit yang ke 5:00 sidang media pecah tanah semalam setelah diadukan soalan oleh wartawan. Saksikan:

Jawapan TGNA ... Memang lah dia, dia meratap tu, dia risau duit di tangan dia, dia orang kaya dia tak buat,kita orang miskin kita buat, Insyaallah lah kita pakat berdoa agar apa yang dia sebut itu dapat kita laksanakan, DIA NAK RATAP KE DIA NAK NANGIS KER , TU DIA PUNYA PASAL!!!!!!!!'.

Dalam apa yang berlaku di pecah tanah projek ini ada pro dan kontranya. 

Dari aspek kerohanian  batiniah dalam melakukan sesuatu perkara , Barisan Nasional sewajibnya menilik nilai untuk mengamalkan segala amal sunnah  dalam apa jua yang di kerjakan sepertimana yang kita semua lihat foto yang teratas yang tersebut.


Dari segi aspek keewangan pula PAS sewajibnya juga membuka ruang bekerjasama secara menang-menang dengan kerajaan yang sedia ada ini walaupun berbeza fahaman politik demi kemaslahatan dan kebajikan UMMAH ISLAM keseluruhannya. Subhanallah

Takbirrrrr!!!!!!! 
- Sumber - APBN Online