Thursday, 28 February 2013

[VIDEO] : Blog #TukarKelantan Dedah Port Kedua Karaoke Terbuka di Kelantan



KOTA BHARU- Belum pun terjawab isu 'gelek kucing garong' yang hanya 600 meter dari Masjid Tok Guru, rakan blogger TUKAR-KELATE! hari ini bertindak mengeluarkan lagi satu rakaman yang memaparkan aksi wanita sedang berkaraoke secara terbuka sambil ditemani cahaya kerdipan lampu umpama kelab malam.

Menurut blog tersebut, lokasi karaoke yang menjadi pilihan golongan veteran itu terletak hanya 2.6 kilometer dari rumah Nik Aziz iaitu hanya 2 kilometer dari Jalan Long Sulaiman iaitu lokasi yang memaparkan aksi goyang gerudi semalam.


Pendedahan ini pastinya bakal membuatkan Tok Guru Nik Aziz pening kepala kerana, belum pun selesai isu menyamakan penerima BR1M 'haiwan', beliau dikejutkan pula dengan aksi kemaksiatan yang berlaku tidak jauh dari rumahnya.

Berdasarkan rakaman dan bukti yang didedahkan, jelas sepanjang PAS memerintah Kelantan. Rakyat di Kelantan belum lagi diberikan dengan ilmu Islam sebenar. Sebaliknya rakyat Kelantan telah didoktrin supaya 'wala' kepada parti PAS setiap kali Pilihan Raya.

Maka tidak hairanlah jika rata-rata masyarakat Kelantan, menanggap kata-kata Tok Guru iaitu "bagi gula kacau, bagi duit ambik, bagi kain pakai, tapi bagi kertas undi, pangkah PAS" sebagai 'fatwa' yang perlu dipatuhi setiap kali tibanya Pilihan Raya.

Sumber video dan gambar : tukar-kelate.blogspot.com

Wednesday, 27 February 2013

[VIDEO] : Maksiat Berlaku Hanya 600 Meter Dari Rumah Nik Aziz! - #TukarKelantan

 Muzik kuat, pergaulan bebas, wanita dan lelaki tanpa segan-silu menari di khayalak ramai itulah yang berlaku di Pulai Melaka, di mana lokasi tersebut tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru.

Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan terdapat sebanyak 17 buah karaoke yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi malah ada yang beroperasi 24 jam.

Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan atau menutup periuk nasik pihak-pihak terbabit, namun apa yang kami ingin paparkan adalah kegagalan PAS di negeri yang diberi gelaran Serambi Mekah yang mana rakyatnya dikatakan telah diberikan ilmu Islam sejak PAS memegang tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 1990.

Paparan video ini hanya sebahagian daripada maksiat yang berlaku di khayalak ramai, di mana sehingga kini ia masih berlaku tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh penguatkuasa MPKB-BRI. Ini membuktikan bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang dilaungkan oleh PAS adalah retorik politik semata-mata.

Siapa kata maksiat tiada di Kelantan dan hanya terdapat di negeri diperintah oleh BN, rakaman 

video di mbuktikan bahawa maksiat berlaku di mana-mana termasuklah berdekatan dengan rumah Nik Aziz!
me

Adoiyaiiiiiiiiiiiii!!!!!!! 

HOk ni sapo pulok nok keno jawab ?
Ayei, itik, lembu, atau kerbau.
Oh lupo pulok kawei mesti la bapok haiwan keno jawab tul tak (^_^)


Sumber : Tukarkelate.blogsport.com

Jelajah Desteni Anak Bangsa Peringkat Negeri Kelantan

Program Jelajah Destini Anak Bangsa peringkat negeri Kelantan Darul Naim. Kali ini programnya agak unik dari sebelum ini kerana ianya turut disertai oleh barisan artis yang popular seperti Saiful Apek, Emma Maembong, Adira AF, Danny X-Factor dan Syed Aiman. Meh aku bagi sedikit ringkasan tentang program hari ini Program dimulakan dengan 'Flag-Off' oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Ir.Dr. Sahol Abdul Hamid di perkarangan UiTM Kota Bharu pada jam 8.00 pagi untuk menuju ke checkpoint pertama iaitu Pasar Jelawat, Bachok. Alhamdulillah, di Kedai Kopi Poo seramai 32 orang pelajar berjaya diterima masuk ke UiTM. Untuk pengetahuan anda, 10 orang daripada mereka ialah pelajar yang pernah gagal di peringkat Ijazah dan atas dasar simpati, mereka telah diberikan peluang kedua oleh pihak JDAB agar dapat membuktikan kebolehan mereka supaya dapat menebus kesilapan lampau. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan JDAB 2012 ialah pada kali ini pihak UiTM turut sertakan 2 buah bas khas yang diubah suai menjadi klinik bergerak Optometri dan Klinik Pergigian yang memberi perkhidmatan pemeriksaan mata dan gigi percuma. Alhamdulillah, kali ini JDAB diterima terbuka oleh rakyat Kelantan kerana mereka sebelum ini diracun olh parti politik tertentu dan mereka sekarang semakin terbuka dan untuk menerima perubahan yang dibawakan oleh PM Najib Razak. BO LA WEI!! :)

Pindaan Auku tingkat kuasa politik pelajar

Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut  pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.



Sumber - Sinar Harian

Sungai Golok Lepasi Paras Bahaya


KOTA BHARU - Penduduk, terutama yang tinggal di tebing sungai utama di Kelantan diingatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang telah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, bacaan paras air sungai itu pada 9 pagi ini ialah 9.02 meter iaitu melepasi paras bahaya 9 meter.

Bacaan di sungai yang sama di Jenob, Tanah Merah kini pada paras 21.6 meter (paras berjaga-jaga 21.50 meter).

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Sungai Lebir di Tualang juga dilaporkan meningkat yang kini berada di paras berjaga-jaga.

Keadaan cuaca di seluruh Kelantan pagi ini hingga pada masa ini dilaporkan mendung dengan sesekali hujan lebat terutama di pedalaman.

Sumber - Bernama

9 Sekolah Di Kelantan Ditutup Esok Akibat Banjir


KOTA BHARU - Sembilan sekolah di Kelantan di sekitar Rantau Panjang akan ditutup esok akibat banjir yang turut melanda beberapa jajahan di negeri itu.


Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata ia membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang; Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SABK) Diniah, Bongor; Sekolah Kebangsaan (SK) Rahmat; SK Kok Pauh; SK Kampung Baru; SK Kubang Kuau; SK Baroh Pial; Sk Lubok Stol dan SK Rantau Panjang.

Beliau berkata, 17 sekolah lagi turut digenangi air dan pelajar dibenar pulang awal hari ini demi keselamatan mereka.

"Pelajar sekolah berkenaan dibenarkan pulang lebih awal mulai 9.55 pagi hingga 12.35 tengah hari," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, sekolah tersebut melibatkan kawasan pentadbiran empat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) iaitu Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Hussain berkata, dua sekolah di kawasan PPD Pasir Puteh dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir iaitu SK Kamil melibatkan sembilan mangsa dan SK Canggal sebanyak 20 orang.

 Sumber - Bernama

Tuesday, 26 February 2013

Jangan Biarkan Pakatan Memerintah....


Selamatkah ISLAM di Malaysia, Jangan Biarkan Pakatan memerintah???

Satu soalan yang amat sukar untuk dijawab. Tapi jawapannya sudah ada di dalam hati kita masing-masing.

Disebalik semua kekusutan yang sedang melanda hari ini, pelbagai permintaan tak masuk akal diminta oleh penganut agama lain untuk melemahkan Islam...

Jom baca artikel ini...

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama Kawan-kawan tetapi gagal. Sayaterpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.

Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Para hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza.

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling ! banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

> >PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA

"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)
 

Ada Patut Ka? : PAS berjanji, BN juga yang tunaikan!



Rakyat Kelantan pastinya tidak lupa akan janji-janji PAS untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau dan juga membina sebuah lebuhraya tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang diberi nama Lebuhraya Rakyat.

Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.

Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.

Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.

Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.





Beberapa hari yang lepas. Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk memulakan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Tender terbuka untuk fasa 1 dari Wakaf Che Yeh ke Kadok/Ketereh akan mula dikeluarkan bulan hadapan.





Nampaknya kerajaan pusat begitu serius untuk membangunkan Kelantan. Gerak kerja awal sudahpun dimulakan walaupun kedua-dua projek baru sahaja dijanjikan oleh YAB PM. Inilah namanya janji ditepati!

Apa pula sudah terjadi kepada perancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membina dua projek tersebut? Adakah cuma tinggal batu asas sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang? Satu lagi persoalan yang perlu dijawab adalah ke mana perginya wang hasil kutipan derma untuk Lebuhraya Rakyat?



Lebuhraya Rakyat cuma tinggal batu asas



Sumber : Tukar-Kelate.Blogsport.Com

Nik Amar: Rakyat Jahat Kerana Pemimpinnya Jahat, Kelantan Tak Terkecuali -


Benarkah apa yang dikatakan oleh Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah yaitu rakyat sesebuah negeri yang menjadi jahat disebabkan pemimpin negeri itu sendiri yang jahat. Atau kata-katanya itu tidak lain hanya untuk menyalahkan kerajaan BN semata-mata biarpun negeri Kelantan ditadbir oleh Kerajaan Pas yang dikepalai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jenayah yang semakin meningkat berlaku di Kelantan sekarang ini punca utamanya adalah kerana kebodohan pemimpin Pas dalam memajukan negeri sekaligus menghadkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kebanyakkan jenayah yang berlaku adalah jenayah yang melibatkan wang yaitu samun, ragut, curi, rompak dan mengedar dadah, kerana kesempitan hidup juga tidak mustahil seseorang yang sebelumnya baik berubah menjadi jahat demi kerana untuk mendapatkan wang secara cepat dan mudah.

Biarpun begitu, bagi mereka yang sering mengikuti ceramah-ceramah Pas kebiasaannya bila disebut jenayah, seakan ada sesuatu yang tidak lengkap dari pemimpin Pas yang sering dikaitkan dengan jenayah, apa lagi kalau bukan perlaksanaan hukum hudud.

Jika diperhatikan ucapan pemimpin Pas sekarang ini langsung tidak disebut mengenai hudud apabila mereka memperkatakan mengenai jenayah, kalau dahulu bila sebut saja jenayah pastilah hudud yang dikaitkan mereka, kata mereka, jenayah berlaku disebabkan kerajaan tidak melaksanakan hukum hudud.

Bagaimanapun kini segalanya sudah berubah, setelah Pas bergabung dengan DAP, pemimpin Pas mula mengatakan bahawa jenayah dan kejahatan yang berlaku itu adalah disebabkan kerana kejahatan pemimpin, dan apabila disebut kejahatan pemimpin, maka kejahatan yang berlaku dikalangan rakyat Kelantan itu bermakna ianya berpunca daripada kejahatan pemimpin Pas yang mentadbir negeri Kelantan.

Dengan pengakuan kejahatan yang berlaku di Kelantan itu disebabkan kejahatan pemimpin Pas, seharusnya rakyat Kelantan sedar dan bangkit untuk mengubah kerajaan dalam PRU 13 nanti supaya Kelantan terpimpin dengan pemimpin yang baik. Anda Mampu Mengubahnya.


Sumber : Gelombang Kick

Monday, 25 February 2013

[VIDEO] : #TukarKelantan AIR MATA SEORANG GURU TERHADAP PERBUATAN PUAK ROYALTI!!





Ibarat pipi ditampar tak rasa sakit, tetapi dari kepala hingga ke kaki tubuh menggeletar menahan rasa.Remuk rendam di dalam hati telah membakar dan menyemarakkan satu aura luar biasa di kalangan bergelar pendidik.Mereka juga
sebenarnya telah lama menantikan  perubahan untuk satu tahap pembelajaran yang lebih baik buat rakyat kelantan.




KOTA BHARU - Masyarakat Cina di negeri ini perlu membuat pilihan yang bijak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi menentukan hala tuju nasib mereka dan generasi akan datang.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, mereka mempunyai pilihan sama ada ingin di takuk lama atau berubah seiring transformasi pembangunan ekonomi negara yang semakin berkembang.

Beliau berkata, prestasi pertumbuhan ekonomi negara pada tahun lepas ialah 5.6 peratus, iaitu tertinggi di Asia.

"Soalnya apakah rakyat Kelantan, khasnya masyarakat Cina, mahu mereka berada di takuk lama di mana perkembangan ekonomi menguncup berbanding negeri lain di bawah BN," katanya ketika berucap pada majlis sempena perayaan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Teo Chew Kelantan semalam.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, Kelantan ketinggalan dalam banyak segi terutama bidang ekonomi kerana pelabur kurang berminat untuk menanam modal di negeri ini berikutan kekurangan prasarana.

Ini merupakan kesan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas yang gagal membawa perubahan dalam tempoh 23 tahun setelah mengambil alih daripada BN pada PRU 1990.

Beliau berkata, kadar hasil cukai yang mampu dipungut Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelantan berjumlah RM45 juta setahun berbanding Melaka RM1.6 bilion.

Katanya, walaupun masyarakat Cina boleh berbangga kerana mereka mendominasi bidang perniagaan namun tidak semua masyarakat itu, terutama yang tinggal di kampung, menjadi golongan kaya.
"Inilah pentingnya mereka membuat perhitungan yang bijak dalam memilih kerajaan kali ini, sama ada mahu berada di takuk lama atau menyahut cabaran dalam transformasi pembangunan ekonomi negara sehingga 2020," katanya

SUMBER - BERNAMA

Sunday, 24 February 2013

Untuk Mu Kelate

NOTA PENULIS : SILENT KILLER
24.02.2013  18.10pm

Sepanjang 23 tahun berada di bawah pemerintahan PAS, kini kebanyakan rakyat kelantan kini telah mula bersuara dan bercerita tentang satu perubahan.berbagai isu telah tercetus dan menjadi bualan tidak kira
di mana - mana sahaja.setiap isu yang timbul telah diajukan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinanTuan Guru Nik Aziz Nik Mat.namun ternyata mereka - mereka yang terlibat hampa dan kecewa kerana tiada jawapan dari pihak yang memerintah dan menguruskan hal ehwal negeri kelantan.

Rintihan dan tangisan rakyat pada kerajaan yang memerintah dengan berpandukan dan bersaskan ajaran Islam ini akhirnya telah di ketengahkan oleh beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan NGO.satu persatu pendedahan telah di lakukan dengan banyak sekali bukti - bukti yang jelas lagi nyata.walaupun isu - isu yang berkaitan telah lama menjadi persoalan dan pertanyaan dari banyak pihak tetapi sehingga ke hari ini mereka bersikap seperti tiada apa - apa yang berlaku.yang lebih mengharukan adalah golongan- golongan penduduk yang tinggal jauh di kawasan pendalaman.janji hanya tinggal janji dan kini hidup mereka umpama merempat dan mengemis di tanah sendiri.apa yang PAS pernah ambil kira dari perkara ini.ada bagi bantuan
ke sebelum ni.jangan harap la wei.semakin di tindas ada laaa.yang kaya siapa... sendiri mau ingat la wei.

Ibarat pipi ditampar tak rasa sakit, tetapi dari kepala hingga ke kaki tubuh menggeletar menahan rasa.emuk rendam di dalam hati telah membakar dan menyemarakkan satu aura luar biasa di kalanganrakyat jelata terutamanya dari golongan remaja dan belia kelantan hari ini.gelombang merah kini menjadi nadi kebangkitan
rakyat yang benar-benar mahukan perubahan.

Tukar ! tukar ! kita tukaaaaaaaaaar!
Itulah laungngan dan sorakan semangat tukar kelantan yang di ketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Aura sorakan gelombang merah pada tanggal 15.02.2013 di Bangunan Perhubungan Umno Kelantan masih menggegar dan membara di jiwa dan sanubari penulis bersama 10,000 orang yang hadir pada hari itu.

Semua ini terjadi oleh kerana kesombongan dan ketakburan orang Pas yang kononnya berilmu tinggi.
tinggi la sangat ilmu mereka ni hingga sanggup bersekongkol dengan PR dan DAP.harap je berilmu tinggi
tapi bodoh berbakul - bakul .sudahnya sekarang mereka tersepit dalam permainan politik kotor ciptaan 
PR dan DAP.

INI PANTUN AKU BUAT PUAK-PUAK PEMIMPIN HIJAU PUTIH:

Tersusun kitab atas rak bertingkat
tok mampu beri pandai mengeji,
Agama islam mu jadikei alat,
Dengei saing hok tolok islam lu buleh bagi muko meiii.




Haiyaaaaaaaa!!! sikalang apa sulah jadi.

Poooorah!!! tara tau apa mau cakap la macha.

Takpoooo wak diyei sudoh. nati yo penak yo diye sendighie.

Inikah dia sifat dan keperibadian seorang yang bergelar ulama.bebas menetapkan
dan menjatuhkan.hukum mengikut kata hawa dan nafsu tanpa berfikir.come on la wei.. kapral singh
si tua cacat DAP kutuk islam tolak hudud.gapo yo mu duduk diye supo tikus napok kucing itei.
owh iam sorryyyyyyyy.lupa la wei hari tu dia orang celebrate birthday sama-sama.

Tapi bila dengan kerajaan Barisan Nasional semuanya tak betul.semuanya tak boleh.BN tak betul,BN kejam,BN amal rasuah dan BN bukan kerajaan islam yang baik.habis semua yang dah PR dan DAP buat
tu hapekejadahnya pula.bertindak biadap dan mempersendakan agama islam dan kedaulatan ikut sedap bahasa.bila ajak duduk berbincang buat tak indah.

NABI MUHAMMAD S.A.W penghulu kepada 25 nabi dan rasul ALLAH pun orang tua ni boleh
samakan dengan muhammad yang lahir di kala dunia makin hampir KIAMAT.begitu rendah dan hinanya
kalian tanpa rasa berdosa menidakkan qadak dan qadar yang telah di tetapkan oleh ALLAH S.W.T.
belum lagi yang entah berapa kali dah puak ni mohon doa pada ALLAH mintak binasakan saudara 
seagama. wallauwei tinggi sungguh ilmu puak-puak ni.

Ok lah celita manyak pun tara guna maaa...itu tanah munya hat aaa sampai sikalang pun taler yawab lagi lei.u want to use hudud ka, over my dead body dulu la.amacam bai lu ada brani ka.kerajaan bagi BR1M
mu kate rakyat mu hok terima BR1M supo ayei itik.hok tebaru ado polok saing mu minto oghei pas hok doh
timo pitih BR1M dermo kei semuo ke parti mu.kerajaan ape korang ni. BN buat tuk bantu ringankan beban rakyat.tapi lu olang sinang-sinang angkat itu olang munya wang.cakap tak serupa bikin. BO LA WEI...

DI SINI AKU ADER BEBERAPA SOALAN BUAT ORANG-ORANG HEBAT NI:

Dalam masa 20 tahun PAS memerintah berapa ramai rakyat mu yang tak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada ibu,bapa,adik beradik sedarah sedaging sendiri dan ahli keluarga yang lain.

kompom tak tahu.aku peduli apa.yang pergi tak balik dah.yang masih hidup teruskanlah hidup.

Gapo jadi gitu?
 pasal ikut kajian yang telah di buat 500,000 rakyat mu duduk menetap dan cari rezekidi negeri - negeri lain.

Gapo ramai sangat ? 
pasal bukan semua orang boleh dan larat nak buat kerja kampung dan jadi
nelayan.orang kelantan tak kira lelaki tak kira perempuan mereka ini punya jati diri yang tinggi.
ada kelulusan diploma ada patut ka jadi kuli bangunan.para siswa dan siswazah berapa ramai lagi
yang masih menganggur.korang pernah pikir ke ini hal.berapa ramai pula yang tak mampu nak sambung belajar atas sebab kesempitan hidup.tu pasal la PM Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan kerjasama 
UITM tubuhkan Yayasan Destini Anak Bangsa.

Demi memartabatkan agama islam di tempat yang paling tinggi dan terunggul, ianya mesti seiring dengan
kekuatan akidah dan ekonomi dari sebuah kerajaan islam yang berlandaskan kalimah IH DINAS SIROTOL MUSTAQIM.

Atas semangat dan aura jati diri yang tinggi inilah kini mereka telah buka mata dan berfikiran positif dan mula
berjuang bersama-sama untuk tukar yang lama kepada yang baru.disini saya hanya berkongsi pandangan
semoga golongan-golongan yang masih terlalu taksub dengan kerajaan PAS bermuhasabah diri seketika
untuk satu perubahan yang lebih menjamin kesenangan dan kebahagiaan hidup generasi kelantan pada masa hadapan.


kelatetodays.blogsport.com







Saturday, 23 February 2013

Isu BR1M: Pemimpin Harus Tunjuk Teladan Baik



PASIR MAS – Seorang pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat bagi mengelak disangka buruk, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata Islam menganjurkan umatnya berkelakuan tertib dan menutur kata-kata sopan, sesuai dengan budaya masyarakat timur yang diamalkan sejak sekian lama.
“Pemimpin perlu bercakap perkara yang boleh menyatupadukan masyarakat, bukannya perkara yang boleh menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyakat,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.
Pada majlis itu, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang daripada Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut merasmikan pejabat persatuan berkenaan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, yang menyamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Nik Aziz dilapor berkata pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama seperti ayam dan lembu yang akan menghampiri jika manusia memberi haiwan itu makanan kegemaran.
Di KOTA BAHRU, Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata tindakan Nik Abdul Aziz itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam.
“Saya rasa ini amat keterlaluan untuk melabelkan orang sebagai haiwan, ayam, lembu dan sebagainya… amat keterlaluan dan tak sepatutnya keluar daripada seorang yang bergelar ‘Tok Guru’.
“Adakah yang memerlukan bantuan tidak boleh dibantu… adakah orang miskin ini sama taraf dengan haiwan?
“Ini semua adalah satu perkara yang tak sepatutnya diungkapkan oleh sesiapa sekalipun, tidak kira sama ada daripada ahli politik atau tidak… mengatakan sesuatu yang buruk terhadap orang, itu satu perkara yang amat keji sekali,” katanya ketika ditemui pada program Kembara Tukar Jelajah Kelantan hari ini.
Di KUALA TERENGGANU, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Muhammad Ramli Nuh menyifatkan kenyataan Nik Abdul Aziz satu penghinaan kepada golongan berpendapatan rendah di negara ini.
Beliau berkata sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, Mursyidul Am Pas itu sepatutnya menghargai keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu meringankan beban rakyat.
“Jangan aibkan orang lain, kenyataan penerima BR1M sebagai lembu yang suka datang bila diberi hampas ibarat memperlekeh penerima, sampai tahap begitu,” katanya ketika berucap mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada perasmian program Kenali Jiran Kita (KJK) anjuran Jabatan Penerangan Terengganu di Flat Bukit Kecil di sini.
Muhammad Ramli berkata pemimpin pembangkang jelas sudah terdesak dan sanggup mengeluarkan kenyataan itu kerana takutkan sokongan rakyat kepada kerajaan dalam beberapa program tranformasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, pembangkang juga melihat usaha ikhlas kerajaan itu satu perkara yang boleh mengancam kedudukan mereka meskipun menyedari penyokong parti berkenaan turut menerima BR1M. 
Sumber – Bernama

‘Hadiah Bermakna Dari Kerajaan Buat Kami’



MACHANG – Dua beradik bekas tentera di sini, menyifatkan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebagai ‘hadiah’ bermakna buat mereka.

Ismail Abdul Rahman, 68, berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggungnya selepas diserang lumpuh, lima tahun lalu.

Katanya, kesihatannya semakin baik selepas menggunakan kaedah rawatan tradisional, namun dia masih memerlukan rawatan berterusan.

“Pak cik mengamalkan berurut secara berterusan dan Alhamdulillah, kesihatan semakin baik dan dengan sumbangan ini, ia dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga memandangkan pak cik tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, bertugas sebagai askar peninjau selama 18 tahun, pelbagai pengalaman pahit manis terpaksa ditelan demi tanah air tercinta.

“Bukan kami meminta balasan, namun sumbangan ini amat bermakna buat kami dan berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang bagi membantu golongan askar yang tidak berpencen ini,” katanya kepada Sinar Harian pada majlis penyampaian SVTB1M di sini, kelmarin.

Sementara itu, adiknya, Musa Abdul Rahman, 62, pula bercadang menggunakan wang tersebut bagi menampung pendidikan tiga anaknya yang masih belajar.

Katanya, keadaan kesihatannya sekarang tidak mengizinkannya bekerja seperti biasa dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan anak-anak.

“Terima kasih kepada perdana menteri yang prihatin dengan keperluan pelbagai golongan di negara ini. Saya berharap, ia akan diteruskan pada masa akan datang dan saya percaya, sumbangan ini besar maknanya kepada semua penerima,” katanya.

Dalam majlis sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Kelantan dan Terengganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata, mereka yang belum mengisi borang permohonan boleh berbuat demikian memandangkan masih tiada tarikh tutup yang ditetapkan.

“Mereka baru mendapat maklumat dan sebagainya, jangan khuatir. Mereka perlu isi borang dan pendaftaran akan berjalan sepanjang masa.

“Pelbagai bantuan disediakan kerajaan kepada bekas tentera dan SVTB1M adalah lanjutan kepada bantuan sedia ada. Veteran askar yang memerlukan bantuan diminta tampil dan memaklumkan kepada JHEV kerana pelbagai bantuan disediakan termasuk bantuan sara hidup, persekolahan, bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan bantuan peralatan pesakit,” katanya.

Pemberian RM1,000 SVTB1M diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2013 melibatkan peruntukan RM224 juta, 50 peratus daripadanya dibiayai oleh kerajaan dan 50 peratus lagi oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera. 

Sumber – Sinar Harian


Lagi Isu Tanah : Penduduk Pekan Pasir Hilir Pula Tuntut Hak



TUMPAT – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dirayu campurtangan berhubung isu pemilikan 400 hektar tanah pertanian milik penduduk di Pasir Pekan Hilir yang didakwa telah berpindah milik kepada tiga syarikat bukan Melayu.Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK)) Azmi Ali berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas didesak bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

Beliau berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah tanah rizab Melayu yang diusahakan turun temurun sejak 30 tahun lalu.

“MTRK merayu campur tangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengenai isu tanah di sini.

“Tanah terbabit diusahakan 500 petani yang merupakan penduduk Pasir Pekan Hilir sejak turun temurun. Kini ia telah berpindah milik kepada syarikat bukan Melayu.

“Ia berpindah milik sejak dua tahun lalu dengan alasan untuk tebus guna tanah itu tetapi sehingga ke hari ini rakyat tidak tahu apa yang akan dibangunkan di atas tanah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Himpunan Selamatkan Tanah Kelantan di pinggir Sungai Kelantan dekat Kampung Pasir Pekan Hilir, di sini hari ini.

Lebih 200 penduduk turut serta pada perhimpunan itu dengan membawa sepanduk mengencam tindakan kerajaan Pas Kelantan berhubung isu tanah.

Beliau berkata, walaupun pampasan diberikan kepada penduduk yang mengusahakan tanah itu namun ia tidak setimpal apabila dibayar secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohamad Ismail, 62, berkata, dia kesal apabila tanah di sini yang diusahakan turun temurun sudah berpindah milik kepada syarikat bukan Melayu.

“Sepatutnya Kerajaan Negeri pentingkan hak rakyat tetapi apa yang berlaku di sini adalah sebaliknya apabila tanah rakyat diambil dan dijual kepada syarikat bukan Melayu,” katanya.

SUMBER : DETIKPERUBAHAN.COM

Friday, 22 February 2013

Pas Berhutang RM2.6 Bilion Pada Warga Emas Kelantan




KOTA BHARU -- Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhutang lebih RM2.6 bilion kepada warga Emas Kelantan.

Penganalisa politik berkata hutang itu dikira atas janji pilihan raya kerajaan Pas Kelantan ingin melaksanakan pemberian bantuan RM100 sebulan untuk warga emas sejak 1990.

"Ini adalah anggaran kasar berdasarkan kira-kira 100,000 warga emas di Kelantan dan jumlah itu ada meningkat dan ada menurun mengikut kematian dan peningkatan umur rakyat Kelantan.

"Jadi RM2.6 bilion itu mungkin kurang tepat namun ia berdasarkan jumlah warga emas Kelantan yang berdaftar dalam Sistem Skim Takaful Kifaalah Warga Emas Kelantan iaitu seramai 108,032 orang, jadi kita kira genapkan kepada 100,000 orang" katanya.

Daripada jumlah warga emas 100,000 orang itu, katanya, jumlah berkenaan akan dikalikan dengan RM100 sebulan dan dikalikan sekali lagi dengan usia pemerintahan kerajaan Pas iaitu 22 tahun atau bersamaan dengan 264 bulan, kerana bantuan RM100 diterima setiap bulan.

"Jadi formulanya ialah 100,000 warga emas x RM100 x 264 bulan = RM2.6 bilion," katanya.

Itu baru satu janji yang tak tertunai oleh kerajaan Pas Kelantan. Bayangkan banyak lagi projek mega yang belum ditunaikan kerajaan Pas seperti pembinaan stadium baru, projek koridor depu, pembinaan pasar baru Pasir Puteh, projek pembangunan Lembah Sireh, Pembinaan Jambatan Kg Cina-Palekbang, Projek Ternak Jihad, Projek Ladang Rakyat, Projek Jalan raya dan terbaru projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion.

"Kalau projek yang disebutkan di atas sudah berjalan pun rakyat masih boleh persoalkan di mana hasilnya untuk perbendaharaan negeri dan juga nikmat yang boleh rakyat berkongsi hasil projek itu?" katanya.

Penganalisa itu berkata adalah lebih wajar rakyat menilai kemampuan pentadbiran dengan janji kosong Pas yang mendakwa mengikut ciri keIslaman.

SUMBER --KELATEKITO.NET

Korupsi Pas Kelantan Dalam Isu Tanah Kini Merebak Ke Limau Kasturi Khamis, 21 Februari 2013 20.15pm





GUA MUSANG -- Sudah habis tanah di lojing digondol pemimpin Pas kini nafsu mereka kini tertumpu merampas tanah di kawasan rakyat peneroka di Limau Kasturi, di sini.

Inilah akibatnya apabila nafsu menguasai diri manusia biarpun berkopiah dan berjubah ia tidak tidak dapat menyembunyikan sifat tamak Pas demi perkara duniawi.

Justeru sebuah badan bukan kerajaan meminta kerajaan negeri Kelantan memberi penjelasan berhubung status tanah yang dijadikan Ladang Rakyat di Limau Kasturi, Gua Musang yang menimbulkan banyak persoalan.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Mohamad berkata kerajaan negeri pimpinan PAS itu perlu menjelaskan sama ada benar tanah seluas 1,308 hektar itu telah diserahkan kepada sebuah syarikat luar.

Ini kerana kerajaan negeri telah menandatangani satu perjanjian dengan syarikat itu pada 7 Mac 2012 yang membenarkan mereka mengusahakan tanah tersebut.

Bagaimanapun, Wan Khairul Ihsan berkata sebelum itu satu sijil perakuan yang ditandatangani Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub telah pun diserahkan kepada peneroka generasi kedua pada Jun 2008.

"Yang menimbulkan persoalan, mana janji kerajaan negeri kepada seramai 213 peserta Ladang Rakyat pada Jun 2008 yang mereka akan diberikan tanah seluas 4 hektar untuk diusahakan selain elaun bulanan sehingga RM750 ," katanya.

Wan Khairul Ihsan turut menunjukkan salinan dokumen yang didakwa perjanjian antara kerajaan Kelantan dan syarikat berkenaan.

Beliau berkata tidak mungkin tanah di PT2543 itu boleh diberikan kepada dua pihak iaitu pada masa yang sama adalah milik peneroka dan juga syarikat terbabit.

"Peneroka kini terpedaya kerana sehingga ke hari ini mereka langsung tidak menerima apa yang dijanjikan kerajaan negeri ketika itu yang kita sifatkan hanya gula-gula pilihan raya pada tahun tersebut," katanya.

Beliau berkata kesemua peneroka yang menerima sijil itu juga merupakan penyokong kuat pembangkang dan apa yang dilakukan kerajaan negeri itu sebagai bukti tidak menepati janji terhadap rakyat.

Katanya Ladang Rakyat di situ dipercayai mengalami kerugian dan sebab itu diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan semula.

Sementara itu, beliau membidas dakwaan kerajaan Kelantan yang kononnya pihak tertentu menggunakan gambar lama dan menggunakan teknik tertentu mengenai keadaan Tanah Tinggi Lojing yang kini teruk digondolkan.

"Tidak munasabah langsung pihak kami atau NGO lain telah memanipulasi gambar itu. Ini gambar terbaharu dan ia adalah tulen. Sesiapa sahaja boleh mengambil gambar sedemikian di Lojing," katanya.

Beliau meminta kerajaan negeri tidak memberikan alasan tidak masuk akal untuk menafikan kegiatan penggondolan itu sebaliknya mengakui kesilapan menangani keadaan di Lojing.

Kalau tak betul perkara begini tak akan jadi cerita.

SUMBER -KELATEKITO.NET

Binatang Sebenar Didedahkan - PAS Peras Wang BR1M Atas Nama Jihad!




Semalam pemimpin utama PAS menyamakan penerima BR1M umpama binatang seperti lembu, tetapi akhirnya beberapa rakan blogger dari Kelantan mendedahkan rakaman video ceramah PAS yang meminta pengikut mereka menyerahkan wang BR1M kepada tabung yang dilancarkan oleh PAS Cawangan Semut Api.

Sumber : Double Y & Tukar Kelate

#PRU13 Makin Dekat - Jangan Sampai Pejuang Siber Pro-BN Hilang Konsentrasi! @NajibRazak @KhairyKj @TunFaisal




Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.

Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya.

Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.

Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.

Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi.

 Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.

Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi.

Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.

Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda.

Itu pandangan saya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

[SUMBER: BLOG TUNFAISAL]

Udah Udah Ler Wei



Penerima bantuan BRIM dan lain-lain umpama haiwan : Nik Aziz


Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.







"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami."

"Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah,mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri RM50(orang akan datang ambil)."

"Itu bukan cara Islam,cara Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Nik Aziz sewaktu berucap di hadapan lebih 1000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di stadium Muhammad

IV.



Apa nak jadi la dengan hamba ALLAH ni.kerajaan buat benda yang baik dia kata tak boleh. yang begitulah yang beginilah.tapi bila dia buat semuanya molek belaka.bagi dia memerintah habis beribu-ribu hektar hasil bumi yang sememangnya hak penuh rakyat kelantan dia serah ke musuh islam.







SUMBER : FACEBOOK.COM



KOLEKSI FOTO JDAB2013 KELANTAN!! #UiTM


Alhamdulillah selesai Program Jelajah Destini Anak Bangsa peringkat negeri Kelantan Darul Naim. Kali ini programnya agak unik dari sebelum ini kerana ianya turut disertai oleh barisan artis yang popular seperti Saiful Apek, Emma Maembong, Adira AF, Danny X-Factor dan Syed Aiman. Meh aku bagi sedikit ringkasan tentang program hari ini :












Program dimulakan dengan 'Flag-Off' oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Ir.Dr. Sahol Abdul Hamid di perkarangan UiTM Kota Bharu pada jam 8.00 pagi untuk menuju ke checkpoint pertama iaitu Pasar Jelawat, Bachok. Alhamdulillah, di Kedai Kopi Poo seramai 32 orang pelajar berjaya diterima masuk ke UiTM. Untuk pengetahuan anda, 10 orang daripada mereka ialah pelajar yang pernah gagal di peringkat Ijazah dan atas dasar simpati, mereka telah diberikan peluang kedua oleh pihak JDAB agar dapat membuktikan kebolehan mereka supaya dapat menebus kesilapan lampau.






Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan JDAB 2012 ialah pada kali ini pihak UiTM turut sertakan 2 buah bas khas yang diubah suai menjadi klinik bergerak Optometri dan Klinik Pergigian yang memberi perkhidmatan pemeriksaan mata dan gigi percuma.






Alhamdulillah, kali ini JDAB diterima terbuka oleh rakyat Kelantan kerana mereka sebelum ini diracun olh parti politik tertentu dan mereka sekarang semakin terbuka dan untuk menerima perubahan yang dibawakan oleh PM Najib Razak. BO LA WEI!! :)







Thursday, 21 February 2013

Ulama Pas Perlu Singkirkan Hadi – Wan Ismail

MACHANG – Ulama dalam Pas terutama Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib perlu mengambil tindakan segera menyingkirkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika mereka ingin memperbetulkan Pas. 

Gesaan itu dibuat bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad yang turut mengulangi pendiriannya iaitu haram umat Islam mengundi Pas selagi parti tersebut bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Malah, beliau turut mengingatkan ahli Pas tidak terus terpedaya dengan fahaman mengundi parti itu memberi jaminan mereka akan ke syurga. 

Dalam masa sama, katanya, isu kalimah Allah memberi isyarat jelas kepada umat Islam mengenai pendirian Pas tidak pernah konsisten malah sering berubah-ubah. - Utusan Online

Wednesday, 20 February 2013

'Wahai Karpal belajar duduk diam!'









KOTA BHARU 19 Feb. - Pertelagahan antara pemimpin Pas dengan Karpal Singh terus memuncak apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mahu Pengerusi DAP itu menjaga mulut dan belajar duduk diam serta tidak ghairah menyuruh pihak lain menerima saranannya.

Menurut Mohd. Amar, pemimpin senior DAP tersebut tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas kerana bagi parti itu, majlis tersebut adalah badan tertinggi yang mana keputusannya melangkaui semua urusan parti.

Beliau dengan nada tegas berkata, semua ahli Pas akan patuh dan menyokong keputusan Majlis Syura Ulama biarpun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap itu hanya komponen kecil dalam parti itu.

“Saya mahu ‘nasihatkan’ Karpal, belajar duduk diam, jangan gatal mahu bercakap semua perkara, jangan cakap banyak.

“Jangan hanya pandai suruh kami hormat pandangan dia, sedangkan dia sendiri tidak mahu hormat keputusan Majlis Syura Ulama kami, orang lain pandang badan ini kecil tetapi bagi kami (ahli Pas) Majlis Syura Ulama adalah yang tertinggi.

“Apabila Majlis Syura Ulama sudah membuat keputusan, semua tindakan dan keputusan awal dikira terbatal dan kami sebagai ahli Pas wajib patuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal yang mahu semua pihak termasuk ahli serta Majlis Syura Ulama Pas menghormati pendirian pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam pada mesyuarat 8 Januari lalu yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal dilaporkan berkata, pakatan pembangkang berpegang teguh dengan keputusan kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan meskipun Majlis Syura Ulama membuat keputusan berbeza selepas itu.

Sumber - Utusan Melayu (M) Bhd



















Sumber - Utusan Melayu (M) Bhd

Dakwaan Negara Bankrap Tidak Berasas.





BACHOK - Tuduhan pembangkang kononnya negara akan bankrap kerana kerajaan memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaan untuk subsidi kepada rakyat setiap tahun, membayangkan mereka akan memotong kemudahan itu jika berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pembangkang tidak sedar pemotongan subsidi akan memberi impak besar terhadap golongan miskin di negara ini.


Kerajaan pada hari ini mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan subsidi demi membantu rakyat berdasarkan pendapatan negara daripada pelbagai sumber yang cukup memberangsangkan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan ihsan kerosakan tanaman padi kepada petani jajahan Bachok di sini, hari ini.


Sebanyak 268 petani yang kerugian disebabkan banjir pada akhir tahun lepas menerima bantuan berjumlah hampir RM500,000 bagi meringankan beban mereka untuk mengerjakan tanaman padi musim ini.


Mengulas lanjut, Awang Adek berkata antara sumber hasil kerajaan itu ialah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM120 bilion tahun lepas, tidak termasuk sumber hasil daripada Petronas.


Dengan pendapatan itu kerajaan dapat berbelanja antaranya RM30 bilion untuk perbelanjaan pelbagai bentuk subsidi seperti petrol, diesel, gas, minyak masak, subsidi baja padi, beras, gula dan tepung, katanya.


Beliau yakin ekonomi negara pada tahun-tahun akan datang akan terus berkembang berikutan kemasukan pelabur asing dan yang terbaharu pelabur dari China melibatkan nilai pelaburan RM10.5 bilion di Pahang.


"Ini untuk membolehkan kerajaan dapat meneruskan pelbagai bentuk subsidi berkenaan pada tahun-tahun akan datang jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat pada PRU 13 kelak," katanya.


Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan turut membidas pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan penjawat awam atas alasan terlalu ramai dan bagi menjimatkan perbelanjaan.


Beliau berkata tindakan pembangkang itu tidak akan memberi peluang kepada lepasan universiti untuk bekerja dengan kerajaan selain akan meningkatkan jumlah pengangguran dalam kalangan rakyat.              SUMBER - BERNAMA /KOTABHARUNEWS.COM


















Rakyat Kelantan perlu lakukan perubahan -


RANTAU PANJANG 19 Feb. - Demi masa depan yang lebih baik, rakyat Kelantan perlu melakukan perubahan dengan menolak kerajaan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13 ) nanti.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rakyat Kelantan harus membuat pilihan tepat pada PRU-13 dengan memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus membela nasib mereka.

Beliau berkata, kepimpinan Pas harus segera ditolak supaya hak rakyat terutamanya membabitkan soal tanah dikembalikan semula kepada mereka dan bukannya kepada individu luar.

Katanya, apa yang berlaku sekarang kerajaan Pas Kelantan sanggup menggadai tanah untuk diberikan kepada orang luar termasuk kepada pemimpin DAP.

"Orang DAP jadi kaya kerana dapat tanah Kelantan yang sepatutnya menjadi hak rakyat Kelantan. Tambah menyedihkan apabila tanah yang diusahakan mereka turut diambil atas nama Ladang Rakyat.

"DAP bukan sokong PAS tapi dia nak balak semata-mata. Rakyat pula tidak menikmati apa-apa seolah-olah seperti 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Jadi inilah masanya untuk rakyat mengunakan hak mereka hentikan semua ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas melawat Peti Daerah Mengundi (PDM) Banggol Kulim di sini hari ini.


SUMBER: UTUSAN