Friday 11 October 2013

#azlan4exco - Khas Buat Para Perwakilan Umno

Menghadapi situasi cabaran politik yang semakin mencabar, seharusnya para perwakilan dalam perhimpunan agung Umno kali ini berfikiran terbuka dan lebih mementingkan hala tuju perjuangan parti berbanding individu.

Kita sering mendengar dimana tanggapan kurangnya golongan profesional menyertai Umno diperkatakan oleh pelbagai pihak, tidak dinafikan tanggapan negatif itu sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada Umno, menjadi tanggunggjawab seluruh ahli Umno dalam membersihkan persepsi berkenaan supaya ianya tidak terus menular menjadi barah didalam pemikiran generasi baru yang boleh menyebabkan mereka malu untuk menyokong parti yang dibarisi oleh kepimpinan yang dianggap tidak profesional.

Sedangkan Umno itu sendiri sentiasa relevan dan masih kekal didominasi oleh golongan profesional, muka-muka baru dikalangan profesional yang tampil setiap kali pemilihan agung parti menjadi salah satu bukti Umno kekal diminati oleh golongan tersebut, kombinasi muka baru dan lama terus menjadikan Umno kekal relevan dulu, kini dan selamanya.

Bagaimanapun demi memantapkan lagi Umno dalam menghadapi parti-parti pembangkang yang sebahagian besar dari pemimpin mereka dikalangan pengamal undang-undang yang sering berselindung disebalik hak asasi dan majlis peguam, difikirkan ada baiknya juga jika para perwakilan tidak melupakan kepentingan itu dan turut memberi peluang kepada calon-calon yang berlatarbelakangkan perundangan seperti peguam untuk membarisi kepimpinan tertentu khasnya dalam sayap Pemuda dan Puteri.

Ianya penting dalam kita menjamin dasar parti yang dibawa untuk membela bangsa Melayu supaya tidak mudah diganggu-gugat sebagaimana yang sedang diusahakan oleh kaum tertentu dengan mencabar hak keistimewaan orang Melayu, mungkin jika dahulu selalunya kita mempertahankan hak kepentingan bangsa kita dengan berparang, demontrasi dsbnya, hari ini ianya sudah berubah, setiap perkara kesemuanya diputuskan menerusi mahkamah, (cth: Isu penggunaan kalimah Allah) dengan itu relevannya Umno dalam memartabatkan perjuangan agama, bangsa dan tanahair sudah pastilah kepimpinannya perlu ada golongan yang menguasai ilmu perundangan.

Tidak khusus kepada mana-mana calon, malah calon-calon yang berlatarbelakangkan perundangan perlu diberikan tempat yang sewajarnya sebagaimana yang dikehendaki oleh pasaran politik hari ini. Selamat Memilih. Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Setuju dgn saudara penulis, calon berkelulusan undang2 wajib diberikan peluang

    ReplyDelete