Saturday, 31 August 2013

Haramkan #TandaPutera Guang Eng Bodoh dan Tak Demokrasi! - @Azwanbro #Onebro4NKP


Kenyataan dari Azwanbro.com



Tanda Putera Apa Agenda DAP Pulau Pinang?
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung agar tidak menayangkan filem Tanda Putera adalah satu tindakan yang “amat bodoh” dibuat oleh seorang pemimpin negeri.

Lim Guan Eng telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah mengamalkan demokrasi dan kuku besi. Pengharaman Tanda Putera di Pulau Pinang memang telah dijangkakan, dengan pengharaman ini mungkin beliau beranggapan bahawa rakyat Pulau Pinang akan terus alpa dan lupa kepada sejarah negara.

Persoalan yang harus kita tanyakan kembali kepada Pakatan Rakyat adalah, mengapa hanya di Pulau Pinang tayangan filem ini diharamkan? Sedangkan Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri di Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat filem berbentuk sejarah daripada ditayangkan di negeri tersebut?

DAP Pulau Pinang menuduh Tanda Putera sebagai filem yang bersifat perkauman adalah sangat tidak matang dalam menilai filem tersebut. Saya menyarankan agar kita menonton terlebih dulu filem Tanda Putera sebelum membuat kesimpulan melulu.

Saya dimaklumkan segala babak yang diwujudkan dalam filem ini berlandaskan fakta yang tercatat dalam sejarah negara. Saya percaya produser dan pengarah Pesona Pictures Sdn Bhd, Datin Paduka Shuhaimi telah melakukan banyak kajian serta rujukan dengan pihak yang sepatutnya sebelum menghasilkan filem tersebut dan tiada agenda tersirat dan bukan untuk kepentingan politik melainkan ia berdasarkan sejarah agar kita mengenali dan berfikir sebagai rakyat yang lebih matang.

Tanda Putera bukan filem politik sebaliknya mengisahkan sejarah bagaimana Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak serta Timbalannya Allahyarham Tun Dr Ismail, memulihkan keadaan negara daripada pelbagai insiden.

Monday, 5 August 2013

Inikah Penyonglap Wang Peruntukkan Jentera Siber BN Kelantan ?

Entri kali ini adalah sambungan dari entri yang lepas KLIK SINI . Nampaknya Dot Dot Dot tersebut masih berdiam diri tanpa tampil untuk memberi perjelasan tentang 'air kencing'nya. Tak pa. Kita tunggu dulu. Kita tengok virus 'kaki kencing' tu dipancut ke siapa pula. Jangan nanti dia terminum air kencing sendiri sudahlah. Haha.

Nampaknya Dot Dot Dot yang resah itu block saya pula di FB selepas block blogger Tentera Maya .Individu tersebut masih berdiam diri dan semakin takut untuk bersuara. Yang peliknya 'kroni-kroni'nya sahaja yang bersungguh-sungguh defend dia. Ada apa-apa ke ni? Macam dapat habuan jer defend dia. Opsss!

Memang pelik dan aneh apabila mendengar 'kaki kencing' didefend. Tetapi itulah kenyataannya. Orang ramai sudah sedar yang Dot Dot Dot ni 'kaki kencing', sebab tu semakin ramai orang jauhkan diri darinya. 'Kroni-kroni'nya saja yang tak sedar dan masih terminum air kencingnya.

Teringat semasa saya menjadi jentera maya BN/Umno Kelantan, kami hanya memikirkan masalah peruntukan lebih dari masalah kerja sebab tanpa peruntukan kerja takkan jadi. Betul tak? Saya yakin jentera maya negeri lain tidak mempunyai masalah sebegini. Masalah sebegini hanya di dalam jentera Kelantan sebab kami ada ketua yang 'kaki kencing'.

Saya terangkan serba sedikit tentang Dot Dot Dot ini dengan lebih jelas. Dot Dot Dot ini umpama sebagai seorang pengurus pasukan bola sepak dan kami sebagai playernya. Tugas pengurus adalah untuk mengurus dan mencari peruntukan untuk pasukan. Pengurus ini menjaja nama pasukan untuk meraih peruntukan. Apabila mendapat peruntukan, pengurus ini tidak 'declare' berapa peruntukan yang diterima dan tidak sampaikan peruntukan tersebut kepada player.

Itulah nasib kami sekarang. Kami yang berpenat lelah menaikkan nama kumpulan Kelate Cyber Warriors di Kelantan, tetapi kami tidak dapat apa yang sepatutnya kami dapat. Kalaulah orang seperti Dot Dot Dot masih lekat didalam jentera siber, amat malanglah nasib anak buahnya nanti. Orang seperti ini tidak patut ada dalam Umno sebab orang seperti inilah yang akan merosakkan nama baik Umno. Baca Selanjutnya di KakirayauKB

Seperti apa yang kami mahu tuntut ialah:

1. Penjelasan wang sebanyak RM30,000 yang telah dapat ketangan dia, tetapi tidak tahu kemana wang itu pergi.
2. Kemana pergi semua gadget-gadget yang dia telah beli menggunakan wang Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
3.Elaun yang dijanjikan Sejak selepas PRU-13, dia tidak pernah memberi respon kepada panggilan telefon atau SMS daripada pihak kami. Seminggu sebelum PRU, berlaku sedikit perbalahan di Whatsapp Group tentang hal ini, tetapi dia telah berjanji kepada Encik Yuseri Yusoff untuk memberikan sejumlah wang bernilai RM10,000 untuk membayar elaun kami.

Next entri saya akan pastikan semua bukti hitam putih akan didedahkan di blog saya. Seterusnya baca di Tentera Maya

Friday, 2 August 2013

Pengurus Siber BN Kelantan Kencing Merata-Rata! Tak Malu Ke ?

Kami antara penulis di blog 'Kelatetoday' ingin mengambil kesempatan ini untuk bersama rakan-rakan seperjuangan yang teranianya yang sejak akhir-akhir ini mereka kelihatan sudah mulai bangkit mencari kebenaran dan membongkar penyelewengan. Bermulanya kami dengan team cyber 'Kelate' iaitu pada awal Februari 2013 kira-kira 3 bulan sebelum PRU, ada antara kami didatangkan daripada Pasir Gudang Johor oleh rakan blogger yang dikenali dengan 'YY' sebelum diperkenalkan dengan seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan team media negeri tersebut, kemudian ditempatkan di war room berhampiran dengan bandar Kota Bharu.

Jika sebelum ini kami selaku orang luar sering terfikir kenapa Barisan Nasional begitu sukar untuk mengambil alih pentadbiran daripada Pas Kelantan, namun kini kami sudah punyai jawapan dari apa yang pernah kami fikirkan itu, dan anda semua usah berasa hairan dengan situasi berkenaan kerana sampai bila-bila pun BN tidak akan mampu untuk tawan negeri Kelantan jika masalah penyelewengan seperti yang berlaku sebelumnya itu gagal diselesaikan. Pengalaman kami di Kelantan sangat mendukacitakan, mungkin jika lebih lama lagi menetap disana dan berhadapan pula dengan sikap beberapa kerat sebagaimana individu yang diamanahkan untuk menjaga team media ini, tidak mustahil kami juga akan menjadi antara salah seorang dari penyokong Pas.

Bayangkanlah selama tiga bulan kami bertungkus lumus bersengkang mata, akhirnya kami berputih mata, apa yang dijanjikan pada kami semuanya bohong belaka, tiada ihsan sedikit pun mereka pada kami orang berjuang, perasaan benci kami terhadap sikap tidak telus individu yang ber'imej' Umno ini sekaligus membuatkan kebencian kepada Umno juga mulai berputik. Adakah perasaan ini yang membelenggu rakyat Kelantan sehingga mereka  tekad menolak BN ? Fikir saya bersendirian..... Sebagai salah seorang jentera maya yang berperanan untuk membantu BN dalam menghadapi PRU 13 yang lalu, kami tidak sepatutnya dibebankan dengan permasalahan kewangan sehingga menyebabkan kami hilang fokus dan sering memikirkan mengenai tanggungan yang belum kami selesaikan ekoran ketidakjujuran pihak yang menguruskan peruntukkan berkenaan. Kami sesama sendiri lebih banyak bercakap mengenai masalah tangunggan yang kami hadapi daripada bercakap mengenai tugas kami yang sepatutnya.

Suci ikhlas macammana sekalipun berjuang, kami tetap mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri serta keluarga, tidak semestinya bila ikhlas kami tidak perlu makan, kami tidak perlu memberi nafkah kepada keluarga dsbnya. Tapi kenapa pihak yang diberi amanah oleh Umno ini langsung tidak memikirkan nasib kami ? Sanggup menyeleweng hak kami ! Adakah begini wajah Umno yang sebenar ? Adakah ini cara Umno berjasa kepada pejuangnya ? Tidakkkkkk!!! Maaf kami ingin katakan, Umno di Johor tidak seteruk Umno di Kelantan, pengurusan Umno disini masih lagi baik dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, masih lagi berhati perut.....!!!! Tapi Umno di Kelantan............? 

Kami tidak pasti sampai bilakah keadaan didalam Umno Kelantan ini akan berlanjutan, kami tidak faham macammana seorang individu yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab boleh diberi kepercayaan untuk mengurus hal yang berkaitan dengan kewangan, takkanlah Umno Kelantan sudah ketandusan individu-individu yang beramanah ? Hairan sungguh kami dibuatnya!!! Nak tahu kenapa ?Tunggu !!! Kerana kami punyai banyak cerita untuk dibongkarkan mengenai seorang individu yang menyeleweng peruntukkan jentera maya BN Kelantan selepas ini, modus operandinya cukup licik !!! 

Sementara menunggu pembongkaran yang keseterusnya, lihat dahulu pendedahan yang telah dibuat oleh rakan-rakan seperjuangan kami dalam blog mereka Gelombang Kick, Tentera Maya, dan KakiRayauKB